EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akibat Ditegur Jangan Sentuh Makanan Guna Tangan, Peniaga Pisang Goreng Maut Dipukul Pelanggan

0 month ago, 15-Sep-2023

Seorang peniaga goreng pisang berbangsa cina dilaporkan maut akibat dipukul oleh seorang pelanggan, dipercayai berlaku di sebuah pasar di Pokok Assam, Perak.

Pelanggan Tak Puas Hati Sebab Sentuh Pisang Goreng

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Sinchew, pelanggan tersebut bertindak kejam akibat tidak berpuas hati selepas dirinya ditegur supaya tidak menyentuh pisang goreng menggunakan tangan atas sebab kebersihan. Disebabkan hal itu, tercetusnya sebuah pergaduhan besar.

Peniaga pisang goreng yang dikenali sebagai Ah Kun melarikan diri ke lorong bersebelahan pasar kerana bimbang akan keselamatan diri, sementara suspek mengambil kesempatan untuk merosakkan gerai tersebut. Lebih menyedihkan, apabila peniaga tersebut sedang mengemas gerainya yang bersepah, suspek datang kembali menyerang mangsa dengan menggunakan sebatang kayu sebelum melarikan diri.

Susulan itu, serangan tersebut telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek Berjaya Ditangkap

Menurut sumber dari Daniel Hheng pula, suspek yang berbangsa india berumur 49 tahun ini telah berjaya ditahan oleh PDRM dan didakwa di Mahkamah Majistret Taiping pada jam 8.15 pagi, Rabu. Suspek akan direman selama beberapa hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Uncle Ni Selalu Jual Pisang Goreng Sambil Menyanyi

Melihat komen netizen di ruangan Twitter, rata-rata mereka turut bersimpati atas apa yang menimpa terhadap mangsa sehinggakan dipukul sampai mati. Angkara pantang ditegur, satu nyawa melayang.

Kredit: Sin Chew, FB Daniel Hheng, Twitter

Akibat Ditegur Jangan Sentuh Makanan Guna Tangan, Peniaga Pisang Goreng Maut Dipukul Pelanggan Bawang Rangers.