EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Akhirnya Tentera Myanmar Mengaku Dapat Arahan Bersihkan Semua Muslim Rohingya

0 month ago, 11-Sep-2020

Jika sebelum ini ramai yang mengatakan cerita kononnya pelarian Rohingya di Malaysia adalah disebabkan kekejaman kerajaan Myanmar untuk menghapuskan etnik ini sekadar cerita rekaan bagi meraih simpati, tapi kini dakwaan itu tidak lagi boleh dipakai.

Buat pertama kalinya NBC News telah keluarkan pengakuan dari pihak askar-askar Myanmar sendiri yang pihak mereka telah berkelakuan zalim terhadap etnik Islam di sana.

Dengan nada yang perlahan, kedua-dua tentera tersebut mengaku telah menjalankan pesta kematian, pengebumian, pemusnahan dan pemerkosaan secara besar-besaran terhadap kumpulan Muslim Rohingya.

Bunuh lebih 70 orang

Pada bulan Ogos 2017, Batalion Infanteri 353 dan 565 Myanmar melakukan operasi pembersihan.

Myo Win Tun, salah seorang tentera Myanmar yang menyertai operasi tersebut mengakui mendapat arahan, Tembak semua yang anda lihat dan yang anda dengar”.

Dia juga turut mengakui bahawa menyertai pembunuhan 30 orang Muslim Rohingya dan mengebumikan mereka di satu kubur yang digali besar.

Myo Win Tun mengakui bahawa dia tidak pasti berapa ramai yang telah maut ditangannya. Mungkin lebih daripada 70 orang sepanjang menggeledah kampung-kampung di sekitar Taung Bazar.

Kami menembak semua orang tanpa pandang bulu. Kami menembak lelaki Muslim itu di dahi dan menendang badan ke dalam lubang dan turut memperkosa wanita sebelum dibunuh.

Membunuh 80 Muslim setiap hari

Manakala seorang lagi tentera bernama Zaw Naing Tun pula mengakui bahawa dia turut mendapat arahan yang hampir sama dari pihak atasan iaitu;

Bunuh semua yang anda lihat, sama ada kanak-kanak atau orang dewasa.

Dia yang pernah menjadi sami Buddha mengakui telah menghancurkan 20 kampung dan bertanggungjawab membuang mayat mereka di salah sebuah kubur yang digali dalam dan berkeluasan besar.

Dia turut mengatakan batalion telah membunuh sekitar 80 orang Muslim Rohingya dalam sehari dan menyerang 20 kampung. Namun dia tidak pernah merogol mana-mana wanita kerana pengkatnya rendah dan dia hanya diarahkan untuk menjaga kawasan tersebut

Saya jaga diluar masa dorang merogol. Saya perlu jaga kawasan sebab saya hanya prebet. Saya juga tidak boleh ingat sebab ramai.

Pembunuhan beramai-ramai

Video pengakuan kedua-dua tentera itu dirakam oleh Tentera Arakan dan merupakan pengakuan pertama yang dibuat oleh seorang anggota tentera Myanmar yang secara terbuka mengakui mengambil bahagian dalam kempen pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya di negara itu.

Kekejaman yang dijelaskan ini telah memberikan bukti pelanggaran hak asasi manusia yang serius. Dua askar ini juga kini dalam tahanan Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan akan menjadi saksi bagi pendakwaan keatas pegawai atasan mereka.

Akhirnya Tentera Myanmar Mengaku Dapat Arahan Bersihkan Semua Muslim Rohingya Bawang Rangers.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...