EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akhirnya Sajat Menagku Tukar Jantina & Berhasrat Nak Tukar Agama

0 month ago, 13-Jan-2021
save 2.0

Selepas beberapa hari mendiamkan diri, akhirnya usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat akhirnya mengakui yang dia telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di bawah Seksyen 10 Enakmen Janayah Syariah Selangor.

BACA : Power Sajat Ni, Tangan Dah Kena Gari Pun Sempat Lagi Buat Live, Menangis Tersedu2

Menerusi IGTV yang dimuat naik di akaunnya, dia ada menceritakan kisah sebenar dirinya yang digari oleh pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan ditahan di pusat tahanan sementara, Kuala Kubu Bharu pada minggu lalu.

Ditahan kerana berpakaian seperti wanita

Difahamkan usahawan berusia 36 tahun itu mendakwa dirinya ditahan kerana berpakaian seperti wanita ketika mengadakan majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat yang terletak di Shah Alam pada 2018.

Datang untuk beri keterangan pada JAIS

Sajat telah mendakwa kononnya dia mendapat layanan tidak sepatutnya selain dicederakan dan digari sehingga mengalami bengkak selepas bergelut bagi mempertahankan diri.

Hak saya sebagai manusia yang telah memberi kerjasama telah direman ditahan di pusat tahanan sementara di Kuala Kubu bahru.

Sepatutnya surat jamin yang dikeluarkan pihak mahkamah itu dilengah-lengahkan oleh Mahkamah Syariah . Saya berhak diberi hak asasi kemanusiaan untuk hidup seperti manusia yang lain juga

Mempersoalkan hukum agama

Malah Sajat juga nampaknya mula mempersoalkan mengenai hukum agama dengan hanya berpandukan cara seseorang berpakaian sahaja?

Sudah tukar jantina?

Apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah penulisan Sajat mengenai dirinya yang mendakwa sudah membuat pembedahan jantina.

Dia turut meluahkan rasa mahu keluar dari agama kerana sangat tertekan dengan ketidakadilan yang berlaku terhadap dirinya sehingga lupa segala kebaikan yang dilakukannya sebelum ini.

Aku rasa Islam itu berat. Jika aku keluar agama Islam baru mereka gembira!! Patut ke aku keluar dari agama ku?

Kata-kata followers

Peliknya, masih ramai juga yang sokong dia ni kan

Akhirnya Sajat Menagku Tukar Jantina & Berhasrat Nak Tukar Agama Bawang Rangers.





Live Website Traffic


loading...