EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akhirnya Rita Rudaini kembali berlakon, Hj Zil bimbang netizen masih pertikai isu v4ksin

0 month ago, 12-May-2022

HAMPIR dua tahun tidak muncul dalam drama baharu gara-gara menolak v.aksin, pelakon Rita Rudaini bakal kembali berlakon dalam sebuah karya terbitan Zeel Production.

Penerbitnya, Fadzil Teh atau mesra dipanggil Hj Zil meluahkan rasa teruja apabila Rita akhirnya setuju untuk terlibat dalam sebuah telemovie arahan Izuan Mokhtar itu yang bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.

“Saya dan Rita memang berkawan baik dan kami selalu berhubung. Apabila timbul idea untuk terbitkan drama ini saya mula bercakap dengan Rita dan dia tidak ada masalah untuk terima.

“Rita juga ada maklumkan kepada saya bahawa dia akan kembali aktif berlakon selepas ini namun akan memilih watak yang betul-betul mencabar kerana katanya biarlah tampil dengan lakonan yang gah jika mahu buat comeback.

“Memanglah kami sangat teruja dan gembira apabila Rita terima tawaran ini kerana kita semua tahu dia seorang pelakon yang berbakat dan rugi jika tiada karya baharu untuknya walau hanya watak kecil,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hj Zil berkata, ada juga sedikit kebimbangan kemunculan Rita akan mendapat kritikan ramai memandangkan aktres tersebut sebelum ini cukup lantang memberi pendapat tentang isu v.aksin dan mengaku tidak menerima sebarang su.ntikan.

Kami sendiri akan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang jangki.tan C.ovid-19 ketika penggambaran dijalankan

HAJI ZIL

PENERBIT

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dapat menutup mulut mana-mana pihak untuk terus bercakap dan apa yang lebih penting adalah penglibatan Rita kali ini mendapat persetujuan stesen televisyen serta semua kru produksi.

“Sebelum menawarkan kepada Rita, saya dan pihak produksi sudah duduk berbincang dan mereka semua tidak ada masalah untuk bekerja dengan Rita. Malah pihak stesen tv juga bersetuju untuk penglibatan Rita dalam telemovie itu nanti.

“Saya tahu orang akan bercakap tentang isu vaksin dan kita tidak boleh nak tutup mulut semua orang. Kami sendiri akan berhati-hati agar tidak berlaku sebarang ja.ngkitan C.ovid-19 ketika penggambaran dijalankan,” jelasnya.

rita rudaini 1

Rita dikatakan hanya akan pilih watak yang boleh memberi impak.

Bercakap tentang drama baharu tersebut, ia merupakan paparan kisah benar seorang pe.sakit HIV yang terkena ja.ngkitan akibat ke.cuaian seorang jururawat dan ia pernah menjadi tular sebelum ini.

Biarpun sedar naskhah berat sukar untuk diterima masyarakat, namun bagi Hj Zil mesej yang ingin disampaikan itu seharus diberi tumpuan.

“Benar cerita ini mengangkat satu jalan cerita yang agar berat dan mungkin penonton sukar untuk terima. Tetapi saya sanggup buat sebab ia merupakan kisah benar yang pernah terjadi sebelum ini.

“Sebagai penerbit saya mahu penonton mengambil iktibar dari kisah ini dimana disebabkan kelalaian ia boleh mengubah hidup seseorang,” jelasnya.

: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Akhirnya Rita Rudaini kembali berlakon, Hj Zil bimbang netizen masih pertikai isu v4ksin MY News.



SUMBER : news78post.com



Live Website Traffic


loading...