www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Akhirnya pihak atasan ILP mengambil tindakan terhadap timbalan pengarah yang terajang motosikal pelajar, ini tindakan yang bakal beliau terima

0 month ago, 13-Jan-2019


KOTA BHARU: Pihak Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu sudah membuat laporan berhubung tindakan pegawainya menendang motosikal yang diparkir di dalam kawasan itu sehingga tular di media sosial hari ini.

Pengarahnya, Zainuddin Ahmad, berkata perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Malaysia (JTM) untuk tindakan lanjut.

Katanya, pihak pengurusan ILP Kota Bharu ingin memohon maaf di atas tindakan tidak wajar pegawai yang menimbulkan keadaan tidak selesa kepada ibu bapa pelajar yang berurusan dengan ILP Kota Bharu sepertimana yang ditularkan.

Hari ini adalah pendaftaran pelajar lama dan memang sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk. Sepatutnya, pegawai itu tidak berbuat demikian dan boleh memanggil pelajar mengalihkan kenderaan mereka.

Kami sudah melaporkan kejadian itu ke Ibu Pejabat JTM untuk tindakan segera diambil terhadap pegawai berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Rakaman berdurasi seminit 28 saat yang menunjukkan pegawai institut kemahiran itu menendang tiga motosikal yang diparkir di kawasan itu sehingga jatuh tular di media sosial sejak petang ini.

Lelaki terbabit dikatakan berbuat demikian ketika sesi pendaftaran pelajar lama selepas tidak berpuas hati dengan tindakan mereka meletakkan motosikal di kawasan itu.

Perbuatan itu berjaya dirakam oleh salah seorang pelajar yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Sementara pihak JTM ketika dihubungi menerusi aplikasi Facebook rasminya berkata, pihaknya memandang serius perkara itu.

Tindakan susulan yang sewajarnya terhadap pegawai berkenaan akan diambil.

JTM memohon maaf kepada ibu bapa pelajar yang terbabit dan akan memastikan kejadian sama tidak akan berulang di masa hadapan, katanya.

sumber : Berita Harian

Tindakan pegawai tersebut menjadi viral di laman sosial. Netizen yang menonton video tersebut ternyata meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan tidak peroffesional beliau. Sekali lagi netizen menjadi punca keadilan terhadap mereka yang ‘dibuli’ pegawai tersebut.

Seharusnya beliau perlulah lebih professional dalam menghadapi situasi ini bukannya dengan menendang motosikal pelajar, terutama dihadapan surau.

antara komen netizen :

Azwan Latip : minta ganti rugi jika ada kerosakan pada motosikal tersebut

Okabe San Iqbal : Pecat je

Cchristoper Cook :Ini kali la ko tahu kuasa viral..apa akan terjadi selepas ini? Kuasa dan pangkat bukan sewenang2 boleh di pakai dlm segala perlakuan. Budi bicarakan ada.. Harap di ambil tindakan dri pihak atsan




SUMBER : matbawang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts