EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Akhirnya Model Kereta Yang Abang Viva Dapat Didedahkan. Memang Sangat Sesuai Untuk Dia

0 month ago, 15-Jan-2022

Memang murah rezeki, Abang Viva kita Netizen

Sebelum ini tular di media sosial dimana Hero Banjirr MalayaAbang Viva atau nama sebenar, Azwan Omar 30, telah menerima sebuah jentera jenis Yamaha XJ6 Diversion dan beberapa aksesori.

Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial, motosikal itu dihadiahkan oleh seseorang sebelum diserahkan oleh sebuah kedai motosikal terkenal di Shah Alam.

Buat baik dibalas baik, kata pihak kedai motosikal terkenal di Shah Alam dalam kenyataan.

Sebagai penghargaan terhadap usaha murni itu, pihak kedai motosikal terkenal itu turut menaja beberapa aksesori antaranya adalah topi keledar, jaket dan beg untuk Azwan.

Dapat Anugerah Nona Superhero Award 2021, buat julung julung kalinya bagi mengiktiraf kecemerlangan dan prestasi lelaki ikonik di Malaysia itu merupakan kesinambungan daripada Nona Superwoman Award.

Sejuk perut mak Abg Viva bila lihat kejayaan anaknya Netizen

Akhirnya Kereta Baru Abang Viva Didedahkan

Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai jugak akhirnya. Jangan risau awakkk semua, saya ada ni x lari mana pun.Bila dah janji insyaAllah sy akan tepati.

Tqsm semua yg memudahkan urusan, cari jugak sampai dapat kereta. Kalau ikutkan 2-3 bulan kena que tp rezeki abg viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat. Haza rahmatun min rabbi Sha Hasan

Sukarelawan banjiryang dikenali sebagai AbangViva atau nama sebenarnya Azwan Omar, 29, menerima sebuah kenderaan pacuan empat rodapemberian daripada seorang usahawan produk kecantikan, Wan Siti Aisyah Wan Hasan.

Wan Siti Aisyah yang merupakan Pengarah Shalicious Empire Sdn Bhd berkata, proses pembelian kenderaan tersebut telah selesai dan hanya menunggu untuk diambil dan diserahkan kepada Azwan.

Menurutnya, pemberian tersebut dilakukan tanpa sebarang syarat.

Terserah dia (Azwan) nak buat apa. Yang penting adalah kalau dia buat kerja amal, kita pun dapat manfaat, katanya ketika ditemui Majlis Penganugerahan Nona Superhero 2021 yang diadakan di sebuah hotel di sini pada Rabu.

PERSOALAN model kereta pacuan empat roda yang bakal menjadi milik Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar terjawab apabila pengasas Shalicious Empire Sdn Bhd, Sha Hassan memilih Mitsubitshi Triton untuk sukarelawan itu.

Ini berdasarkan hantaran dimuat naik Sha dalam akaun Instagramnya yang menunjukkan dia dan suami bergambar di depan trak pikap tersebut sambil memegang replika kunci kereta . Turut dikongsikah klip video dia sedang menandatangani d0kumen jual beli kenderaan berkenaan.

Test Drive Kereta Baru Abang Viva

Video dibawah dikongsikan oleh Youtuber Asyraff Mazlan dimana dia yang berusaha membantu Sha untuk mencari kereta 44 untuk Abang Viva.

Sebelum proses dokumen lengkap dan diserahkan pada Abang Viva, Asyraff sempat test drive kereta baru Abang Viva.

VIDEO:

Kredit: XTRA / Sinar Harian / Youtube Asyraff Mazlan / Sha Hasan FB

Artikel : AwatttSyeikhh Network



SUMBER : r-s7.com



Live Website Traffic


loading...