www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Akhirnya MFL layan permintaan Perak, PAFA mohon maaf

0 month ago, 14-Feb-2019


Pemain Perak meraikan kejayaan menumpaskan Kitchee SC dalam pusingan KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu menolak permohonan mereka untuk menunda aksi Liga Super berdepan Kuala Lumpur, esok.

Malah, PAFA dalam kenyataan hari ini juga menafikan pihaknya membuat dakwaan yang MFL tidak melayan permohonan mereka seperti yang dilaporkan dalam tajuk berita beberapa portal, semalam.

Menerusi kenyataan sama, PAFA mengakui memahami MFL perlu melalui proses tertentu termasuk mendapatkan persetujuan daripada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum meluluskan permohonan mereka yang dihantar pada 11.10 pagi semalam.

Ahmad Faizal berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir Liga Malaysia, MFL di atas kesudian memberi pertimbangan terhadap permohonan untuk menunda tarikh perlawanan Unifi Liga Super antara Perak dan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, esok ke tarikh baharu.



“Untuk makluman, PAFA telah menghantar permohonan berkenaan jam 11.10 pagi semalam (Rabu).

“PAFA mengambil maklum MFL perlu melalui proses-proses tertentu termasuk mendapatkan persetujuan bersama pihak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah MFL sebelum meluluskan permohonan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

“PAFA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MFL di atas kesudian memberi pertimbangan terhadap permohonan untuk menunda tarikh perlawanan Liga Super antara Perak dan Kuala Lumpur di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur ke tarikh baharu,” jelas PAFA dalam kenyataan itu.

Malah, PAFA turut berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan KLFA kerana memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap permohonan itu meskipun ia dikemukakan dalam tempoh singkat.

“Sekali lagi, PAFA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak FAM, MFL dan KLFA di atas jasa baik memberi pertimbangan dan kelulusan ke atas permohonan berkenaan meskipun permohonan ini dikemukakan dalam tempoh agak singkat sebelum perlawanan dengan Kuala Lumpur,” katanya.

Permohonan itu dibuat PAFA untuk memberi ruang secukupnya kepada skuad The Bos Gaurus yang sedang bersaing di peringkat kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).



Anak buah Mehmed Durakovic yang berjaya menundukkan kelab Hong Kong, Kitchee SC 6-5 menerusi penentuan penalti di peringkat kelayakan ACL, kelmarin akan akan mengharungi aksi play-off berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC, Selasa ini.

Presiden PAFA, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seperti yang dilaporkan media semalam memberi bayangan Perak perlu bekerja keras musim ini apabila terpaksa bertarung lebih perlawanan berbanding pasukan lain dalam Liga M ketika permohonan persatuan negeri itu untuk meminda aksi berdepan Kuala Lumpur belum mendapat kata putus daripada MFL.

Namun, skuad The Bos Gaurus mendapat berita gembira hari ini apabila MFL dalam kenyataan meluluskan permohonan PAFA untuk untuk meminda aksi berdepan skuad The City Boys.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan itu akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak,” jelas MFL.




SUMBER : bazookapenaka.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts