EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Akhiri zaman bujang, Rizman Nordin sah bergelar suami

0 month ago, 13-Sep-2019

Selepas mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati pada bulan Syawal yang lalu, pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin hari ini sah bergelar suami kepada gadis cantik, Nurida Suraya dengan sekali lafaz sebentar tadi.

Cantik mengenakan busana serba putih, pengantin dilihat sangat sepadan ketika duduk di pelamin ksemasa acara membatalkan air sembahyang dan menyarung cincin dijalankan.

Menerusi Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia telah memuat naik gambar mempelai yang tersenyum manis memandang sesama sendiri dengan mengucapkan tahniah kepada mereka.

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada pasangan itu.

Rizman Nordin merupakan pengasas jenama RizmanRuzaini merupakan antara pereka fesyen terkemukan Tanah Air yang kerap menaja dan menyediakan pakaian buat artis-artis terkenal Malaysia.

: Ctdk

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic





www.edisiviral.com