EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

DUA AKAUNTAN JKM DIDAKWA PECAH AMANAH

0 month ago, 13-Jan-2022

KUANTAN: Dua penolong akauntan yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM74,000.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Bagi pertuduhan pertama, Tengku Asraf Shah Tengku Yahya dan Zuraini Abdul Rahim @ Abdul Rahman masing-masing berusia 39 tahun didakwa secara bersama-sama sebagai penjawat awam iaitu penolong akauntan, melakukan pecah amanah berkaitan wang milik Pejabat JKM Raub.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat, dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan pecah amanah berkaitan harta RM74,000 dalam akaun Pejabat JKM Raub dan didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat JKM Raub, antara 22 Jun 2020 sehingga 18 Februari tahun lalu.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman.

Mahkamah menetapkan kedua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang serta seorang penjamin.

Sebutan semula kes 7 Mac depan sebagai serahan dokumen dan lantikan peguam. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...