EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Akaun twitter Permaisuri Agong dinyahaktif, warganet diburu polis tampil mohon maaf

0 month ago, 13-Sep-2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang kita sedia maklum, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering dilihat menggunakan Twitter rasmi miliknya @cheminahsayang untuk berkongsikan sesuatu perkara dari sudut pandangannya sendiri.

Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong.

Rata-rata ramai netizen gemar melihat dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku Permaisuri Agong di setiap perkongsiannya sehingga ada beberapa yang menjadi tular dalam kalangan netizen yang suka melihat telatah baginda.

Twitter Permaisuri Agong dinyahaktif

Awal pagi Khamis, netizen menzahirkan rasa terkejut selepas Raja Permaisuri Agong bertindak menyahaktifkan akaun Twitter baginda, @cheminahsayang.

Polis sedang mengesan individu yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed, laporan tersebut menyebut kes penghinaan itu berlaku di laman media sosial Twitter.

sumber gambar : mstar

Ada pengguna twitter yang biadap!

“Pihak polis menerima satu laporan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

“Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Selepas dikecam kerana menjadi penyebab kepada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter baginda, seorang pengguna laman sosial itu dengan nama @frdsasrf membuat permohonan maaf semalam.

Firdaus Asraf mohon maaf

Pengguna Twitter itu, Firdaus Asraf membuat status Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil disusuli dengan ucapan permohonan maaf.

Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun beberapa individu dikenal pasti antaranya Firdaus Asraf.

Warkah Memohon Ampun Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. pic.twitter.com/VZmJi1qxLu

— Firdaus Asraf (@frdsasrf) September 12, 2019

Tindakan pengguna Twitter itu turut mendapat respons bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa menegaskan, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan ‘kurang ajar’ ini terus ‘naik lemak’.

Menurutnya, golongan tidak menghormati institusi diraja ini sebenarnya sudah ‘dicuci otak’ oleh pihak tertentu untuk membenci institusi diraja sekali gus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.


SUMBER : denaihati.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com