EdisiViral.Com Search Guest Post Login

AirAsia Perkenal Milk Tea Dengan Boba Bentuk Diamond

0 month ago, 15-Aug-2019

Berita baik buat peminat tegar teh boba nampaknya anda boleh menikmati minuman kegemaran anda itu di awan biru. Kalau dah duduk dalam kapal terbang lama-lama, sedap juga kalau layan teh boba.

Nampaknya AirAsia Thailand turut tidak ketinggalan untuk memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu Boba Milk Tea.

Pasti ramai tahu bubble tea tersenarai minuman paling tidak sihat. Tetapi, menariknya tentang Boba Milk Tea oleh AirAsia ini milk tea mereka didatangkan dengan konjac bubbles.

Untuk pengetahuan anda, konjac adalah tumbuhan yang biasa ditemui di Asia Tenggara. Menurut Medical News Today, konjac dapat membantu menjaga kadar gula dalam darah dan kadar kolesterol rendah.

Malah, konjac memperbaiki kulit dan usus, membantu menyembuhkan luka, dan membantu menurunkan berat badan.

Tapi apa yang lebih menarik tentang minuman ini adalah konjac bubble ini didatangkan dalam bentuk batu permata.

Buat masa ini, minuman ini hanya ditawarkan di AirAsia Thailand dan AirAsiaX Thailand. Harga untuk secawan Boba Milk Tea ini hanya ?75 (RM10).

Harap-harap Boba Milk Tea ini akan diperkenalkan dalam penerbangan AirAsia Malaysia tidak lama lagi.


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com