EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tun Ahmad Sarji meninggal dunia Astro Awani

0 month ago, 28-Aug-2021


Tun Ahmad Sarji meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi Sabtu, 28 Ogos, 2021
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali melalui catatan di akaun Facebook miliknya, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 1.40 pagi tadi.

Allahyarham, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berusia 82 tahun.

Sebelum ini, Allahyarham menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) COVID-19 Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras.

Facebook TanSriDatoSeriZukiAli
Turut menyampaikan ucapan takziah, Lembaga Pengarah dan seluruh warga kerja IKIM.

Menurut catatan Unit Perhubungan Korporat IKIM, Ahmad Sarji yang dilahirkan pada 16 Sept 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM pertama yang dilantik pada 1992, sehingga disandang pula oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Sept 2015.

Pada 4 Februari 2019, Ahmad Sarji dilantik semula sebagai Pengerusi IKIM sehingga kini.

Facebook institutkefahamanislammalaysia






............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...