EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Agong titah rakyat solat hajat di rumah tolak Covid-19

0 month ago, 25-Mar-2020

SHAH ALAM Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Solat hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu sesudah solat Subuh hingga terbit matahari (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).

Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).

Dan terakhir ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya (kecuali di Tanah Haram), katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menyeru umat Islam di negara ini supaya membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tidak putus-putus kepada-NYA.- Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

??telegram.me/indahnyaislam
??instagram.com/indahnya.islam
??twitter.com/IndahnyaIslam


SUMBER : indahnyaislam.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...