EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Baru 2 Hari Agong Perkenan Isytihar Darurat. Sekali Anwar Ajak Semua MP Mohon Ini

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejaIa w4bak COVID-19.

Berdasarkan respon warganet di media sosial, rata-rata bersetuju dan menyambut baik titah Agong tersebut.

Namun ada sesetengah pihak yang mahu Agong mempertimbangkan semula pengisytiharan itu.

Terbaru, presiden PKR, Anwar Ibrahim meminta semua anggota parlimen mengutuskan warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi memohon agar pengisytiharan darurat dibatalkan dan parlimen bersidang secepat mungkin.

Dalam surat yang dihantar kepada ahli parlimen, Anwar meminta mereka menulis warkah tersebut Jumaat ini supaya parlimen dapat bersidang sebelum 31 Januari.

Dalam surat tersebut saya telah mencadangkan kepada semua ahli parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua ahli parlimen atau parti.

Semoga warkah ini nanti mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menarik balik Pengisytiharan Darurat dan seterusnya menitahkan agar sidang parlimen harus diadakan dalam kadar segera sebelum 31 Januari 2021 untuk membahaskan isu darurat, COVlD-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara, katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Darurat dilaksanakan bagi membendung wabak COVlD-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas selepas itu berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Ramai pemimpin Umno dan pembangkang mengkritik tindakan menggantungkan parlimen sebagai helah bagi menyelamatkan kerajaan PN yang kini didakwa hilang majoriti selepas tiga ahli parlimen Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Dalam memo kepada ahli parlimen bertarikh 14 Januari itu, Anwar berkata perdana menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perdana menteri lebih tertumpu kepada usaha mempertahankan kuasa.

Pandangan dan peruntukan sedia ada adalah mencukupi untuk mengekang wabak COVlD-19 termasuk langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Cadangan membentuk jawatankuasa bersama telah diutarakan sejak Mac 2020.

Ia tidak memerlukan darurat, kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.

Tambahnya, kemelut ekonomi amat membimbangkan, manakala jumlah pengangguran, kemiskinan dan kesenjangan bertambah.

Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing, katanya.

Pengisytiharan darurat berkuat kuasa sehingga 1 Ogos atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVlD-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Di bawah darurat, fungsi parlimen digantung memberikan kuasa sepenuhnya kepada eksekutif.

:maIaysiak1ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Baru 2 Hari Agong Perkenan Isytihar Darurat. Sekali Anwar Ajak Semua MP Mohon Ini Rentas Asia.



SUMBER : rentasasia.com



Live Website Traffic


loading...