EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Agong Perkenan Isytihar Darurat Buat Malaysia Tangani COVID-19

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Susulan peningkatan kes COVID-19 hingga mencecah lebih 2,000 kes harian Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah kini perkenan isytihar darurat buat negara.

Keputusan tersebut telah diambil setelah memperhalusi penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki dan beberapa pihak yang lain kedudukan kesihatan negara yang kritikal perlu diambil langkah segera.

Selaras dengan tindakan isytihar itu ia tertakluk di bawah Pengisytiharan Proklamasi Darurat Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan. Agong juga perkenan pembentukan satu Jawatankuasa Bebas dianggotai Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkaitan. Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Agong sekiranya pelaksanaan darurat dapat ditamatkan lebih awal

Setakat ini perkenan tersebut dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 atau suatu tarikh yang lebih awal sekiranya angka kes pandemik menurun dan terkawal.

Agong nasihati rakyat supaya bertenang, tabah dan cekal hadapi pelaksanaan darurat dan PKP demi keselamatan dan kepentingan bersama.

Tempoh pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif #COVID19 harian dapat dikawal Agong pic.twitter.com/pifNyk0woR

Berita Harian (@bharianmy) January 12, 2021



SUMBER : rnggt.com



Live Website Traffic


loading...