EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos ini

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengisytiharkan darurat di seluruh negara sehingga 1 Ogos ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara,
Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah demikian selepas mendengar cadangan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai keperluan untuk melaksanakan darurat berikutan kes Covid-19 yang sedang meningkat naik dalam negara.

“Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan
supaya pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, Seri Paduka Baginda juga turut memberi perkenan tempoh pelaksanaan darurat itu sehingga 1 Ogos ini atau sehingga satu tarikh lebih awal jika angka kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.-MT

Agong isytihar darurat sehingga 1 Ogos ini Malakat Tribune.





Live Website Traffic


loading...