EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

AGENSI PELANCONGAN UMRAH DISARAN PULANGKAN WANG JEMAAH

0 month ago, 09-Oct-2021

Gambar : AFP

BUKIT GANTANG : Agensi pelancongan yang mengendalikan ibadah umrah disaran memulangkan wang yang sudah dibayar bakal jemaah namun tidak dapat meneruskan ibadat itu sejak tahun lalu susulan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan Arab Saudi akibat pandemik Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad berkata, bayaran balik perlu kerana SOP Arab Saudi kini menetapkan syarat kelayakan jemaah mesti berusia 18 hingga 60 tahun. 

Menurut Senator Idris, syarat itu menyebabkan ramai bakal jemaah dari Malaysia berusia lebih 60 tahun tidak dapat menunaikan umrah walaupun bayaran sudah dibuat. 

Beliau turut berkata, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) disaran campur tangan dalam soal tuntutan itu sekiranya ada agensi atau syarikat pelancongan yang enggan membayar balik wang jemaah terlibat. 

Ini kerana jelas beliau, sebarang perkara berkaitan aspek pengurusan ibadah Umrah tertakluk di bawah seliaan MOTAC. 

Mengulas mengenai SOP jemaah Umrah yang akan ditetapkan kerajaan, Senator Idris berkata, ia akan diumumkan dalam masa terdekat selepas dibincangkan dalam mesyuarat kabinet semalam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan bantuan Musaadah Banjir kepada Sekolah Rendah Islam Bistari Darul Mulkan, Jalan Kuala Sepetang, Bukit Gantang, hari ini. AlHijrah Online.



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...