EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Adhif Syan memang ditahan polis - BERSATU Selangor

0 month ago, 13-Jan-2020

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis seperti yang tular di media sosial sejak pagi hari ini.

Beliau berkata, Adhif Syan ditahan polis pada 1.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan Ketua Armada BERSATU Selangor itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau berkata, walaupun Adhif Syan tidak menghubunginya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila beliau menghubungi mereka.

Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya sudah berbincang dengan Presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.

Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis, katanya ketika ditemui selepas program Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, hari ini.

Abdul Rashid berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sangat tegas dalam isu disiplin wakil rakyat dan jika didapati Adhif melakukan kesalahan, beliau perlu berdepan dengan tindakan.

Pada masa sama, Abdul Rashid turut menasihatkan semua wakil rakyat BERSATU supaya tidak terbabit dengan jenayah dadah dan jenayah lain.

Anda mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan, beri tumpuan kepada tanggungjawab anda kerana anda dipilih oleh rakyat.

Jadi anda perlu berkhidmat untuk rakyat, itu tugas anda dan tidak melakukan apa-apa kesalahan, katanya.

Berita berkaitan

'ADUN Dengkil nafi positif dadah'


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...