EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Adalah 5 Sebab Kabinet Baharu Tapi Muka Lama

0 month ago, 30-Aug-2021

Saiz kabinet Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob adalah menyamai kabinet bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari segi bilangan menteri dan timbalan menterinya iaitu 31 menteri dan 38 timbalan menteri.

Malah ada sebilangan ahli politik mengatakan bahawa kabinet baharu yang ditampilkan seolah-olah terdiri daripada bekas menteri kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dikitar semula.

Dato’ Seri Ismail Sabri hanya menampilkan lima muka baharu untuk untuk jawatan menteri dan empat muka baharu untuk jawatan timbalan menteri.

Mengapa Perdana Menteri ke sembilan itu tampil dengan saiz kabinet yang besar menyamai kabinet Tan Sri Muhyiddin sedangkan kerajaan PN sebelum ini berdepan dengan sentimen kegagalan terutamanya menangani kr!sis kesihatan melibatkan pandemik C0VID-19 dan ekonomi.

Sinar Premium dan Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Kartini Aboo Talib menyenaraikan lima sebab yang terpaksa diambil oleh Dato’ Seri Ismail Sabri.

1. Kurang dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15

Perdana Menteri hanya ada kurang dua tahun untuk mengemudi negara menghadapi dua kr!sis besar iaitu kesihatan dan ekonomi.

Jika beliau mengambil semua muka-muka baharu, menteri baharu ini perlu belajar selok belok pentadbiran, pekeliling kerajaan, prosedur, teknikal, keperluan birokrasi yang tebal dan bertingkat.

Jadi ia mengambil masa untuk menilai tempoh dua tahun lalu. Jika mahu membuat rancangan baharu semuanya mengambil masa sedangkan Blueprint Pelan Pemulihan telah dibuat secara komprehensif. Cumanya belum boleh dilaksana sepenuhnya kerana Tan Sri Muhyiddin dipaksa letak jawatan.

Penstrukturan semula kabinet mengambil masa dan ini tidak praktikal.

2. Menteri dalam perikatan yang sama

Mereka yang ada adalah dalam perikatan yang sama dan pilihan yang ada juga adalah terhad.

Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik juga sudah mempunyai pengalaman sebelum ini.

3. Keyakinan Dato’ Seri Ismail Sabri terhadap Jemaah Menterinya

Tindakan Perdana Menteri memperkenalkan istilah kabinet berprestasi tinggi ialah beliau yakin.

Menteri yang ada (lebih 80% adalah menteri dahulu yang sama dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin) telah melaksanakan strategi paras kayu ukur (KPI) kementerian masing-masing dan perlu meneruskan kesinambungan menjayakan apa yang telah dirancang kerana semua rancangan kementerian telah dibahas, dibaiki, dipersetujui melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang dahulu.

Mereka tidak perlu membuang masa membahaskan barisan kabinet Dato’ Seri Ismail Sabri, sebaliknya fokus kepada keyakinan menteri untuk melaksanakan KPI masing-masing dalam tempoh 100 hari pertama.

4. Elak rasa tidak puas hati parti yang menyokongnya

Pahit untuk ditelan tetapi itu hakikat yang perlu di terima Dato’ Seri Ismail Sabri.

Beliau mempunyai majoriti yang rap0h iaitu sekitar 114 sok0ngan. Jadi beliau perlu mengelakkan sebarang ketidakpuasan hati mana-mana rakan gabungannya.

Strategi Dato’ Seri Ismail Sabri mengekalkan hampir keseluruhan muka lama kerana beliau mahu memastikan kerajaannya tidak dignggu gugat oleh parti komponen yang tidak berpuas hati jika terlalu banyak perubahan dibuat.

5. Tidak mahu menjejaskan usaha menangani kr!sis C0VID-19

Pandemik C0VID-19 di dalam negara merupakan kr!sis kesihatan yang amat kritikaI di mana jumlah jngkitan C0VID-19 sehingga kini telah mencecah lebih 1.7 juta.

Tidak mahu usaha pasukan terdahulu terjejas, Dato’ Seri Ismail Sabri memilih lebih 80 peratus muka sama membarisi kabinetnya.

Beliau juga mahu memastikan enam negeri iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah melebihi 50 peratus kadar vaksinasi pada akhir September ini.

Khairy Jamaluddin yang sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Dato’ Seri Dr Adham Baba. – dipetik dari MYKMU

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...