www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Adakah Ini Kerajaan Maqasid Syariah Acuan PH?

0 month ago, 14-Feb-2019


KOTA BHARU 14 Feb.- Pendedahan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengenai penajaan sepenuhnya lawatan rasmi pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki oleh syarikat judi Da Ma Cai telah membuka mata rakyat bentuk sebenar kerajaan ‘Maqasid Syariah’ acuan Pakatan Harapan (PH).

Exco Pemuda UMNO, Nik Saiful Adli Burhan berkata, rakyat kini boleh membezakan sendiri bentuk kerajaan UMNO yang pernah dilabel ‘Kafir’ oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan kerajaan ‘Maqasid Syariah’ hari ini yang sentiasa mendapat redha para ulama Parti Amanah Negara (Amanah).

“Pendedahan ini amat memeranjatkan semua pihak memandangkan ia adalah lawatan rasmi sebuah negara yang mengaku negara Islam.

“Malah ia amat memalukan jika negara-negara Islam lain yang menyanjung tinggi nilai perjuangan agama oleh Malaysia sejak zaman mula merdeka lagi mengetahui perkara mungkar sebegini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng mendedahkan lawatan kerja tersebut dibuat menerusi Lembaga Totalisator Malaysia, iaitu agensi di bawah Kementerian Kewangan namun segala kos perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh Da Ma Cai, sebuah syarikat judi dan loteri di Malaysia.

Lawatan kerja membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bersama pegawai kanan PSRM ke Turki itu bertujuan mempelajari kaedah membanteras kegiatan judi dalam talian.

Mengulas lanjut, Nik Saiful Adli yang juga Pengerusi Kluster Peguam Muda (PPUM) berkata, rakyat perlu faham bahawa Da Ma Cai menaja pihak berkuasa untuk belajar membanteras judi dalam talian supaya syarikat itu kekal monopoli perniagaan judi di negara ini.

“Jangan samakan duit cukai judi yang wajib dibayar dengan tajaan syarikat judi kerana ia tidak sama.

“Adakah kerajaan Islam ini sudah jadi penyelamat kepada perniagaan judi sedangkan ramai lagi peniaga-peniaga kecil yang terbeban dengan keadaan hari ini yang lebih utama untuk diselamatkan,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut menimbulkan persoalan, di mana ulama-ulama Amanah dan apa pendirian mereka ketika perkara tersebut timbul?

“Adakah masih boleh keluarkan kelulusan patuh syariah kepada dasar-dasar sebegini?,” katanya. – UTUSAN ONLINE




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts