www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


DJI Osmo Action hadir dengan dwi-skrin dan pencabar hebat GoPro!

0 month ago, 17-May-2019


DJI sebelum ini memang cukup terkenal dengan teknologi kamera dron mereka yang berupaya mengambil gambar dari atas melalui alat kawalan jauh dengan pandangan “Bird’s Eye“.

Dalam pada itu, DJI secara perlahan dilihat memasuki arena kamera kompak kecil yang mudah diusung kemana sahaja dengan hanya diletakkan di dalam poket atau bag yang kecil.

Jika tahun lepas DJI telah perkenalkan Osmo Pocket. Sebuah kamera kompak yang di sokong oleh gimbal kecil untuk fungsi menstabilkan ketika merakam video. Sebuah kamera kecil yang boleh diletakkan didalam poket seluar dan baju sweater yang memang cukup berkuasa.

Tahun ini DJI memperkenalkan kamera aksi kompak yang terbaru “Osmo Action” dan dilihat memberi persaingan hebat terhadap GoPro. Tidak perlu penambahan gimbal dah seperti Osmo Pocket! Kini memang hanya seketul kamera aksi kompak.

Jika melihat dari rekaan, ia memang mempunyai rekaan seperti GoPro Hero tapi ia lebih tampak tough dan rough. Juga mempunyai beberapa fungsi yang dikira boleh saing dengan GoPro Hero 7 Black.

Spesifikasi ringkas yang menarik untuk Osmo Action :

  • Dwi-skrin kecerahan 750-nit pada keduanya
  • 2.25-inci belakang dan 1.4-inci hadapan
  • Kamera 12MP f/2.8
  • Berat 124 gram
  • HDR, RAW, 4K 60fps
  • 1080p 240fps (slo-mo)
  • Waterproof 11m (badan saja)
  • Waterproof 60m (dengan casing khas)
  • Ketahanan bateri 60 minit 4K 60fps
  • Ketahanan bateri 135 minit 1080p 30fps

Jika GoPro Hero 7 Black mempunyai HyperSmooth Electronic Image Stabilization (EIS), Osmo Action pula dilengkapi dengan fungsi kestabilan RockSteady (EIS). Masing-masing berfungsi untuk menstabilkan gambar dan merakam video dengan lebih lancar dan tiada gegaran.

Harga yang ditawarna adalah $350. Cukup berbaloi untuk sebuah kamera aksi kompak yang mempunyai pelbagai fungsi menarik. Jika ditukarkan kepada Ringgit Malaysia, berharga RM1,460. Namun ia masih belum rasmi di Malaysia. Harga rasmi mungkin sedikit tinggi tapi saya merasakan ia tidak lebih dari RM2,000.

DJI Osmo Action hadir dengan dwi-skrin dan pencabar hebat GoPro! TheSkop.




SUMBER : theskop.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts