EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Achey beli MPV hasil untung jual Tiara Candy, jadikan van jenazah percuma bagi golongan memerlukan

0 month ago, 16-Sep-2023

Anak gadis kepada pelawak, Achey iaitu Tiara baru-baru ini telah menyita perhatian ramai setelah menceburi perniagaan makanan ringan menerusi atas talian.

Mana tidaknya, kanak-kanak yang baru berusia lima tahun itu berjaya menjual 3,000 pek gula-gula melalui TikTok Shop milik bapanya dalam tempoh dua jam sahaja.

Susulan daripada kejayaan menjual makanan ringan itu, Achey memutuskan untuk menggunakan keuntungan tersebut bagi membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Mengharukan, MPV berkenaan rupa-rupanya dijadikan sebagai sumbangan van jenazah percuma untuk kegunaan ramai khususnya bagi golongan yang memerlukan.

Achey memaklumkan, kenderaan itu berjaya dibeli hasil daripada sokongan orang ramai terhadap perniagaan Tiara Botol Candy yang diusahakan anaknya di TikTok.

Pemilik nama Mohd Nasir Hamzah itu sempat memohon maaf sekiranya van jenazah berkenaan dilihat kurang memuaskan kerana ia bukanlah kenderaan baharu.

Ini adalah pencapaian daripada seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Binti Abdul Haq atau dikenali sebagai Tiara.

Alhamdulillah ini juga pencapaian daripada orang ramai yang memberi sokongan kepada Tiara Candy untuk saya dan semua merasa hasilnya. Inilah dia.

Sebuah MPV yang untuk Tiara ataupun untuk kita. Bismillahirahmanirahim, kata Achey sebelum membuka kain yang menutupi van jenazah berkenaan.

Perkara tersebut dikongsikan Achey menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun media sosial TikTok miliknya, @achey_kintangkintung, semalam.

Menurut hantaran tersebut, Achey turut menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah secara percuma kepada waris yang kurang berkemampuan.

“Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, diharapkan dapat memudahkan orang lain dan ia adalah perkhidmatan percuma.

Walaupun ini kereta second hand (terpakai) tetapi kami percaya ianya dapat membantu. Peti mayat belum siap, jadi belum boleh beroperasi lagi. Ulasnya.

Sejak perniagaan makanan ringan itu dimulakan pada Ogos lalu, hampir 18,000 pek gula-gula dari Tiara Botol Candy sudah berjaya terjual.

Mendapat sambutan yang luar biasa, Achey terpaksa mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.

Baca juga: Isteri diam-diam kahwin lain, lelaki Kelantan terkilan diri dimadukan Kami tak pernah bercerai