EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Abang baru ini bergegas mendapatkan ibunya dengan tangisan sebaik adik perempuannya selamat dilahirkan

0 month ago, 13-Sep-2020

Budak lelaki ini mungkin teruja dan gembira apabila dia diberitahu adik perempuannya yang baru telah selamat dilahirkan.

Tetapi keselamatan ibunya selepas melahirkan adiknya menjadi kebimbangannya yang paling utama.

Facebook

Buat diri abang baru ini, kehadiran ibunya masih tetap nombor satu di dalam hati dan ingatannya.

Ketika ibu dan bayi perempuan comel muncul dari bilik kelahiran, ahli keluarga dan orang tersayang mengelilingi bayi yang baru lahir dengan memuji betapa comelnya dia.

Facebook

Si abang turut berada di tepi katil bayi dan melihat sekilas pandang adik perempuannya yang baru.

Bukan dia tidak teruja dan gembira, tetapi ada sesuatu yang menjadi kegusaran dan kesedihan dalam hatinya.

Abang penyayang ini kemudian bergegas mendapatkan ibunya...

Facebook

Spontan dia menangis melihat ibunya yang berada dalam keadaan lemah bersama saluran tiub yang sedang dipakai.

Ibu sakitkah? Ibu tidak apa-apakah? abang baru ini bertanya dalam tangisan sambil mengelap air matanya yang tidak dapat ditahan daripada terus mengalir.

Facebook

Hatinya yang begitu lembut menjadi benar-benar tersentuh memerhatikan ibunya menanggung kesakitan selepas selamat melahirkan adik perempuannya yang comel.

Reaksi spontan tulus ikhlas yang menghangatkan hati para netizen.

Facebook

"Ibunya pasti sangat gembira mempunyai anak lelaki yang manis, prihatin dan bertimbang rasa," tulis seorang netizen.

Anak berhati lembut ini sudah pasti akan membesar menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang terhadap keluarganya.

Tonton video di bawah:

Abang baru ini bergegas mendapatkan ibunya dengan tangisan sebaik adik perempuannya selamat dilahirkan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...