EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Aaronators FC sudah 9 tahun

0 month ago, 24-Jun-2020

"AARON Aziz tidak akan menjadi Aaron Aziz tanpa izin Allah dan anda semua," itu kata pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz yang ditujukan kepada ahli Aaronators FC sempena ulang tahun kesembilan penubuhan kelab peminat itu, baru-baru ini.

Aaron, 44, berkata, dia bersyukur apabila peminat setianya itu sentiasa ada bersama dari awal pembabitan dalam bidang lakonan sehingga sekarang.

Menurut Aaron yang juga pelakon filem KL Gangster, Aaronators tidak pernah jemu hadir memberikan sokongan pada setiap acara dan majlis anugerah membabitkan dirinya.

"Alhamdulillah, sudah sembilan tahun. Anda hati dan jiwa kerjaya saya. Ikhlas dari hati terima kasih kepada anda semua. Terima kasih kerana menjadi keluarga besar saya dan selalu datang bagi sorakan dalam apa saja acara yang ada. Terima kasih juga kerana memberikan semangat apabila saya rasa nak hentikan semuanya.

"Terima kasih kerana mengetahui cara bagaimana nak ambil hati saya dan keluarga. Sayang anda semua. Apa yang penting juga, kami antara pelopor dalam penubuhan kelab peminat," katanya.

Sepanjang hampir 20 tahun menempa nama dalam industri hiburan tempatan, Aaron dua kali merangkul Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular BH.

Menerusi undian peminat juga, Aaron pernah memenangi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Selebriti Lelaki Popular dan Bintang Filem MeleTOP.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...