www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Siti Aafiyah tak layak tercalon Anugerah Si Cilik AME 2019, kerana tiada Instagram

0 month ago, 13-Feb-2019


Pengumuman pencalonan kategori Anugerah Si Cilik, Anugerah MeleTop Era 2019 semalam, telah mencetuskan ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat, apabila nama anak kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Jiwa tidak disenarai pendek dalam anugerah tersebut.

Perkara tersebut telah mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan peminat, yang mahukan anak penyanyi kesayangan negara itu memenangi anugerah tersebut.

Tidak mahu perkara ini berpanjangan, penolong Naib Presiden Segmen Kanak-kanak dan Remaja Astro, Marrisa Hanafi telah tampil memperjelaskan sebab utama anak kepada Datuk Siti Nurhaliza tidak tercalon dalam kategori tersebut.

Menurutnya, calon bagi kategori Anugerah Si Cilik MeleTop perlulah mempunyai akaun Instagram sendiri serta mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Setelah diselidik, anak sulung Datuk Siti Nurhaliza sememangnya tidak mempunyai akaun Instagram. Akaun yang wujud hanyalah akaun yang dicipta oleh peminat si cilik itu.

Menurut pihak Astro, antara salah satu kriteria yang menyebabkan seseorang anak selebriti itu dicalonkan adalah kerana mereka mempunyai platform dan jenama tersendiri.

Pihak Astro juga tidak menilai calon berdasarkan tahap populariti ibu bapa, kerana ia tidak adil kepada anak selebriti yang lain.

Walaupun anak kepada penyanyi popular itu tidak dicalonkan dalam anugerah tersebut, Siti Nurhaliza turut tercalon dalam kategori penyanyi MeleTop dan lagu MeleTop.

: Sinar Harian

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts