EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ikut kata 'otai'

0 month ago, 07-Nov-2019

BAGI memastikan kekuatan skuad Harimau Malaya tidak terjejas dalam mana-mana kejohanan atau aksi persahabatan ekoran masalah kecederaan yang menghantui pemain utama, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) disaran mewujudkan kembali dua pasukan iaitu Malaysia A dan B.

Ia dicadangkan bekas pemain Harimau Malaya era 1980an, Datuk Santokh Singh yang melihat kewujudan dua skuad itu mampu memperkukuhkan pasukan sekiranya berlaku masalah kecederaan.

Idea itu pernah dilaksanakan ketika zaman keemasan skuad bola sepak negara sekitar 1970an hingga 1980an yang menyaksikan Harimau Malaya amat digeruni hingga layak beraksi di dua temasya Sukan Olimpik 1972 dan 1980.

Malah, beberapa nama besar seperti legenda tempatan, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari serta yang seangkatan dengannya bermula daripada skuad B sebelum diserapkan ke dalam skuad A.

Pengalaman kami selaku orang lama dalam bola sepak kini didengar demi bola sepak negara, terima kasih Datuk Presiden.

Setiap daripada kami melontarkan idea secara telus. Namun pendapat saya, kita perlukan pasukan back-up untuk memastikan kelangsungan pemain setiap kali perlawanan, contohnya pasukan A dan pasukan B yang dua-dua sama kuat.

Ini bermaksud kita tidak perlu risau andai kata ada pemain cedera, sebagai contoh jika Azam Azih cedera kita terus ada seorang lagi pemain miripnya sebagai ganti tanpa membuang masa, katanya ketika menghadiri perbincangan bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin di Wisma FAM, di Kelana Jaya, semalam.

Hadir sama Datuk Soh Chin Aun, Datuk Hassan Sani, Datuk Jamal Nasir, Zainal Abidin Hassan, Khalid Ali, Azman Adnan, K Gunalan, Malek Rahman, Hasnizam Uzir dan Asmawi Bakiri.

Skuad kebangsaan England turut pernah menggunakan kaedah sama pada tahun 1970an selepas kejayaan negara itu menjulang Piala Dunia pada 1966.

Paling diingati sudah tentunya ketika skuad Harimau Malaya berjaya mengikat skuad England B di mana Mokhtar Dahari sendiri meledak gol cantik dari luar kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Joe Corrigan di Stadium Merdeka pada 1978 itu.

Malah, acuan sama turut pernah diaplikasikan pada 2008 dengan kewujudan Harimau Muda A sebelum diserapkan ke dalam skuad senior.

Habuannya, Malaysia muncul pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali di temasya 2009 di Laos dan Indonesia pada 2011.

Kejayaan muncul juara Piala AFF pada 2010 adalah kemuncak kepada keberkesanan program Harimau Muda A di mana sebahagian besar anggota skuad berkenaan datangnya daripada skuad pembangunan itu yang kemudiannya dibubarkan pada 2015 oleh badan induk itu.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...