EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Pura-pura mati!

0 month ago, 23-May-2020

Lima: Datuk Bandar Tantara di selatan Peru, Jamie Rolando Urbina Torres sanggup berbaring di dalam keranda dengan memakai pelitup muka dan berpura-pura mati.

Ia selepas dia didapati melanggar perintah berkurung di negara itu dengan keluar berhibur dan minum arak bersama rakannya, Isnin lalu.

Daily News yang memetik laporan Standard UK melaporkan Torres ditemui dalam keadaan mabuk ketika serbuan.

Bagaimanapun, helahnya tidak menjadi apabila ditahan pihak berkuasa.

Sebelum ini, Torres turut dikritik kerana tidak bertegas dalam menguatkuasakan langkah keselamatan bagi membendung penularan Covid-19 di Tantara.

Kemarahan penduduk itu juga berpunca daripada kegagalannya menyekat kemasukan orang luar ke Tantara.

Dalam pada itu, berdasarkan data Universiti John Hopkins di Amerika Syarikat (AS), lebih 200,000 individu disahkan positif Covid-19 di Peru.

Ia sudah menyebabkan lebih 3,000 penduduk negara itu meninggal dunia.

Kes kematian pertama akibat jangkitan Covid-19 di Peru dilaporkan pada Mac lalu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...