EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Suu Kyi di ICJ

0 month ago, 11-Dec-2019

The Hague: Etnik minoriti Islam Rohingya berdoa mendapat keadilan ketika pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi, mempertahankan negaranya di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bersidang untuk mendengar tuduhan pembunuhan beramai-ramai.

Gambia memfailkan tuduhan terhadap Myanmar itu November lalu, mendakwa negara itu melanggar Konvensyen Pembunuhan Beramai-ramai 1948 membabitkan etnik Rohingya.

Ia adalah kes pembunuhan beramai-ramai ketiga difailkan di mahkamah itu sejak Perang Dunia Kedua.

Sepanjang prosiding tiga hari itu, pemenang Anugerah Nobel Suu Kyi, dijangka menafikan tuduhan itu dengan menegaskan operasi ketenteraan di Rakhine adalah sah bagi membanteras pengganas dengan menyerang militan Rohingya.

Prosiding di depan 17 hakim itu tidak membicarakan asas dakwaan pembunuhan beramai-ramai tetapi Gambia memohon perintah mahkamah agar Myanmar menghentikan sebarang aktiviti yang boleh memburukkan isu itu.

GAMBAR kiri, Aung San Suu Kyi ketika tiba di mahkamah manakala kanan Dildar Begum, balu Rohingya menangis di samping anaknya ketika menceritakan pembunuhan di kampungnya. Gambar kecil, Hasina mangsa rogol tentera Myanmar. - AFP

Gambia akan mengemukakan dakwaan tentera Myanmar melaksanakan pembunuhan sistematik melalui kempen yang digelar operasi pembersihan mulai Ogos 2017 yang menyamai pembunuhan beramai-ramai.

Dalam petisyen kepada mahkamah, Gambia mendakwa tindakan kejam Myanmar itu bertujuan menghapuskan etnik Rohingya sama ada sepenuhnya atau sebahagian, melalui pembunuhan beramai-ramai, rogol dan keganasan seksual lain serta pemusnahan terancang perkampungan dengan penghuni dikunci dalam rumah yang dibakar.

Operasi dan kekejaman tentera Myanmar menyebabkan hampir sejuta etnik Rohingya melarikan diri ke Bangladesh.

Hasina Begum, 22, antara wanita yang diperkosa tentera Myanmar yang membakar kampungnya berkata: Mereka melakukan kekejaman ini kepada saya, saudara-mara dan rakan.

Saya boleh berdepan dengan mereka untuk memberitahu tragedi itu kerana saya tidak berbohong.

Hasina yang tinggal di kem pelarian di Bangladesh, tiba di The Hague kelmarin, bersama dua lagi mangsa.

Ramai wanita kami dirogol tentera Myanmar. Kami mahukan keadilan dengan bantuan masyarakat antarabangsa, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...