www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


568kg daun ketum dirampas di Perlis

1 month ago, 13-Feb-2019



PADANG BESAR- Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis merampas 568 kilogram daun ketum bernilai RM17,040 dalam serbuan di sebuah rumah di Batu 16, Jalan Kaki Bukit, Kaki Bukit dekat sini, awal pagi semalam.

Loading...

Komander Aksem Deputi Superintendan, Syed Basri Syed Ali berkata serbuan dilakukan kira-kira 4.30 pagi di sebuah rumah tidak berpenghuni.

Hasil pemeriksaan, Aksem menemui beberapa guni berwarna putih dipercayai berisi daun ketum yang telah siap dibungkus di dalam plastik lut sinar, katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata kesemua guni itu diserah kepada Bahagian Narkotik Polis Padang Besar untuk tindakan selanjutnya. - Bernama
Loading...




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts