www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


RM 42juta dipindah ke akaun Najib untuk CSR

0 month ago, 15-May-2019


foto sumber internet

KUALA LUMPUR 15 Mei - Sebanyak RM42 juta milik Syarikat Ihsan Perdana Sdn. Bhd. yang dipindahkan ke dalam dua akaun AmPrivate Banking-1MY milik Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2014 dan 2015 adalah bertujuan untuk jalankan program tanggungjawan sosial korporat (CSR).

Bekas Eksekutif Kanan Perakaunan di Ihsan Persana Sdn. Bhd., Aishah Ghazali berkata, pemindahan wang itu dilakukan dalam tiga transaksi melibatkan jumlah RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Loading...

Saksi pendakwaan ke-36 itu berkata, arahan untuk memindahkan wang tersebut diperoleh daripada Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman.

"Merujuk kepada wang berjumlah RM27 juta, RM5 juta serta RM10 juta yang keseluruhannya adalah RM42 juta, saya sahkan semua wang dipindahkan daripada akaun Ihsan Perdana ke akaun penerima AmIslamic Bank Berhad atas arahan Datuk Dr. Shamsul.


"Saya difahamkan bahawa pemindahan wang ini adalah untuk tujuan CSR," katanya ketika membacakan kenyataan saksi dalam perbicaraan hari ke-18 melibatkan bekas Perdana Menteri yang didakwa berhubung penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Kedua-dua akaun AmPrivate Banking-1MY itu telah sebelum ini disahkan milik bekas Perdana Menteri melalui keterangan saksi pendakwaan ke-21, Pengurus AmBank Jalan Raja Chulan, R. Uma Devi.

Pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu, Najib, 66, mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

 - UTUSAN ONLINE.




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts