EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Tun M di Hot FM pagi esok

11 hours ago, 14-Oct-2019

TUN M kuat merajuk? Dengarkan temu bual eksklusif Geng Pagi Hot Bersama Tun M esok di Hot FM.

Pendengar setia Hot FM berpeluang mendengar rakaman temu bual eksklusif Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Shuk, Shuib dan Fizie bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan disiarkan pada jam 6 pagi hingga 10 pagi esok di stesen radio terbabit.

Ketua Audiens Hot FM, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata, ketiga-tiga mereka berpeluang bertemu pemimpin nombor satu negara ini pada 9 Oktober lalu di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Ia diatur oleh pihak pengurusan Hot FM yang turut bersama GPH sepanjang pertemuan itu berlangsung.

Tujuan pihak pengurusan membawa GPH bertemu Tun Mahathir adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada mereka sendiri serta buat pendengar setia Hot FM supaya dapat mengenali dengan lebih dekat pemimpin nombor satu negara ini.

GPH nyata teruja dan menyifatkan peluang itu sebagai kenangan manis apabila dapat bertemu sendiri secara empat mata dengan Tun M serta mendapat nasihat berguna daripada pemimpin yang amat mereka kagumi ini, katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, menerusi peluang keemasan itu, GPH sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Tun, antaranya benarkah Tun M kuat merajuk berbanding isterinya? Dan momen nakal Tun sewaktu zaman persekolahan bersama kawan?

Peminat boleh mengetahui jawapan terhadap persoalan yang diutarakan kepada Perdana Menteri menerusi siaran Geng Pagi Hot yang akan disiarkan pada pagi esok.

Tun M juga sempat berpesan kepada pendengar setia Hot FM maju ataupun tidak seseorang atau sesuatu bangsa mahupun negara itu bergantung kepada nilai hidup pegangan mereka.

Kalau bangsa itu rajin bekerja, beramanah dan mempunyai perasaan malu jika gagal, bangsa itu akan berjaya, katanya.

Azura berkata, selain mendengar menerusi siaran Hot FM, peminat juga boleh menonton video penuh temu bual eksklusif itu di platform digital YouTube Hot TV dan Facebook Hot FM.

Informasi lanjut mengenai program Hot FM juga boleh dibuat dengan melayari laman web serta laman media sosial rasmi Hot FM iaitu Hot FM, Youtube: Hot TV/Instagram/Twitter: @hotfm976/Facebook: Hot FM/Whatsapp: 017-3028822.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...