Watak -bodoh-bodoh alang- cuit hati netizen

by Edisi Viral


HOME Posted on 20 Feb 2017 22:03:15


MINATNYA yang mendalam terhadap seni lakon memberi ruang buat Ryan Higa, 26, mengembangkan bakat lakonannya menerusi laman YouTube.

Pada peringkat awal, aksinya yang kerap melakukan -lip sync- sekadar suka-suka memandangkan pada waktu itu, dia hanyalah pelajar yang mahu mengejar cita-cita menjadi pelakon.

Namun siapa menyangka, tuahnya membuka peluang besar buat jejaka ini untuk terus menyerlahkan sisi kreativitinya di jaluran media sosial sehingga kini dengan menggunakan akaunnya sendiri, Nigahiga.

Lebih membanggakan, salurannya itu sudah pun mempunyai lebih 19 juta pengikut dan setiap video yang dihasilkannya secara puratanya ditonton lebih 4 juta kali!

-Video pertama yang saya muat turun ke YouTube adalah pada usia 16 tahun dengan bantuan rakan. Niat saya hanya untuk tatapan sendiri selain mahu hiburkan kawan-kawan sekolah. Tapi selepas lebih sebulan video itu disiarkan di Youtube, ia ditonton lebih 5,000 penonton dan terus meningkat.

-Rasa teruja dan pada masa sama terkejut. Tak sangka ramai yang tonton meskipun hanya videonya biasa-biasa sahaja. Jujur, saya pun tak tahu dari mana netizen dapat tahu mengenai video tersebut.

-Sejak itulah, saya makin kerap muat naik video,- katanya seperti yang dipetik menerusi sebuah temu bual.

Ibu tertekan baca komen

Ditanya apakah keistimewaan videonya berbanding dengan video dari YouTubers lain, Higa yang dilahirkan pada 6 Jun 1990 ini memberitahu, ia mungkin kerana karakter -bodoh-bodoh alang- yang mencuit hati seterusnya membuatkan bilangan netizen yang menonton semakin meningkat.

-Saya sering muat naik video aksi -lip sync-. Bila sudah ramai yang kenal dan tonton video itu, saya buat pula siri yang mempunyai beberapa watak melucukan,- jelasnya yang mengakui menggemari watak Regina yang diinspirasikan melalui personaliti sepupu perempuannya sendiri.

Berkongsi mengenai apakah persepsi dan reaksi kedua ibu bapanya pula, bintang yang mempunyai darah campuran Jepun ini memberitahu, pada peringkat awal, ibunya agak kurang senang dengan apa yang dilakukan.

-Ibu rasa tertekan bila baca komen netizen yang melampau. Namun saya anggap itu perkara normal. Bukan semua yang suka dengan apa yang kita buat dan saya okey saja,- akui Higa yang turut menghasilkan beberapa filem pendek khusus buat pengikutnya.

Sambil menyifatkan persepsi ramai terhadap kuasa media sosial kini yang kian berubah kini, Higa tekad meneruskan minat dan kecintaannya menghiburkan netizen.

-Saya akan tetap teruskan apa yang sudah dimulakan sejak sekian lama. Saya tidak akan berhenti,- akhiri pemuda yang dilahirkan di Hawaii ini.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News