Taklah sampai meninggal dunia...

by Edisi Viral


HOME Posted on 13 Feb 2018 21:06:34


PELAKON veteran, Sheila Mambo terkejut ada pihak menularkan kononnya dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas membuat penghantaran pulut kuning di Kuala Lumpur, baru baru ini.

-

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, pelakon drama Andainya Takdir itu menjelaskan kemalangan terbabit cuma insiden kecil dan hanya cermin sisi sahaja mengalami kerosakan.

--

"Terkejut berita ini menular. Pagi pagi lagi keluarga, ibu dan ayah saudara menghubungi dan menghantar mesej pesanan ringkas. Ada juga yang sampai di depan pintu untuk memastikan kesahihan berita.

-

"MashaAllah, saya sihat dan Alhamdulillah. Cuma sikit jer kemalangan. Yang rosak cuma cermin sisi.

-

-Saya sendiri yang kongsikan di Facebook (Fb) namun ada cerita 'budi dan hati' di sebalik kejadian," kata Sheila atau nama sebenarnya, Rusilawati Hasan yang hanya menyedari tular itu hari ini.

-

Sheila turut memaafkan kekhilafan individu menyebarkan berita tidak benar itu.

-

Empat hari lalu, pelakon berusia 55 tahun itu mengalami kemalangan pada 1 petang di Bangsar selepas membuat penghantaran pulut kuning ditempah pelanggan.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News