Sorok Dadah Dalam Coli

by Edisi Viral


HOME Posted on 14 Feb 2017 09:00:28


Miri: Wanita warga Indonesia berusia 26 tahun ditahan polis selepas dikesan menyorok syabu di dalam colinya ketika menerima rawatan di Hospital Miri, malam tadi.

Perkara itu terbongkar selepas suspek menanggalkan pakaiannya untuk menjalani pembedahan akibat kandungan luar rahim pada jam 10.44 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika suspek menjalani rawatan, pihak hospital menemui lapan paket syabu seberat 30.6 gram di dalam coli suspek seterusnya melaporkan kejadian itu kepada polis.


Menurutnya, setakat ini, suspek masih menjalani rawatan di Hospital Miri dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News