Rasa Dah Tua Nak Buat Single - Awal Ashaari

by Edisi Viral


HOME Posted on 16 Feb 2017 00:00:49


Sejak kebelakangan ini, Awal Ashaari mengambil langkah untuk menyanyi beberapa lagu ketika mengacara sesebuah majlis.

Katanya, tindakan itu dilakukan bagi memvariasikan teknik pengacaraannya sambil menghiburkan orang ramai.

"Dulu, masa saya mula-mula masuk industri, saya nak jadi penyanyi tapi rezeki saya lebih kepada bidang pengacaraan dan lakonan.

"Secara tak langsung, saya jadi lupa dengan bidang nyanyian.

"Lagipun, saya tak boleh buat lawak. Jadi saya guna kelebihan yang ada," katanya kepada Kakigosip

Pun begitu, suami kepada aktres Scha Al-Yahya ini mengakui menyanyi hanyalah sekadar suka-suka.

"Nak kata menyanyi untuk buat album itu memang tak ada.

"Saya rasa macam dah tua nak buat single (gelak).

"Lagipun, nyanyian bukanlah forte saya," katanya.

Sebelum ini, Awal pernah merakam single, Memori hampir sedekad lalu.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News