Selepas Fattah Amin, Kini Gilirian Izreen pula terbitkan buku

by Edisi Viral


HOME Posted on 20 Feb 2017 22:03:17


Dramatis, Izreen Azminda bakal menghasilkan sebuah buku yang menghimpunkan puisi nukilannya sendiri.

Ditanya mengenai penghasilan buku puisi tersebut, pelakon drama Kak Marr ini memberitahu, buku yang bakal menghimpunkan koleksi puisi nukilannya sendiri itu masih di peringkat awal untuk dibukukan.

-Biarpun ia masih dalam peringkat awal, namun idea untuk menghasilkan buku tersebut sudah pun dirancang sejak tahun lalu lagi. Saya tidak mahu tergopoh-gopoh untuk terbitkan ia kerana mahu memberikan yang terbaik.

Ditanya adakah dia risau andai buku yang bakal diterbitkan itu bakal menerima kecaman netizen seperti mana yang berlaku pada Fattah Amin, Izreen nyata optimis dan berharap agar peminat dapat menerimanya dengan hati yang terbuka.

-Bila ia berlaku, saya ada sedikti rasa takut. Namun saya fikir positif.

-Ia lebih bersifat kewanitaan dan semua puisi yang saya tulis itu adalah bersangkut paut dengan soal perjalanan dan luahan jiwa saya dari dulu hingga kini.

Harapnya ia boleh memberi inspirasi buat semua, khasnya wanita,- katanya yang kini sudah pun mengintai beberapa syarikat penerbitan yang berpotensi untuk menerbitkan buku puisinya itu.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News