Ramona Zamzam Sedia Timang Anak

by Edisi Viral


HOME Posted on 17 Feb 2017 00:01:04


Biarpun sudah lebih dua tahun berkahwin, Ramona Zamzam masih lagi dalam -mood- bulan madu dan sentiasa merancang percutian bersama suaminya, Rami Alashkar jika tidak terikat dengan jadual penggambaran.



-Sehingga hari ini saya dan suami masih dalam -mood- berbulan madu dan sentiasa cuba mengisi waktu luang yang ada dengan bercuti sama ada di dalam mahupun luar negara.

-Saya memang suka bercuti ke tempat-tempat menarik, cuma bezanya dulu saya pergi dengan kawan-kawan dan sekarang dengan suami pula,- ujarnya.

Menyentuh soal anak, Ramona mengakui bersedia pada bila-bila masa jika dikurniakan cahaya mata, namun buat masa ini akur apabila rezeki belum menyebelahi dia dan suami.



-Saya bersedia bila-bila masa sahaja jika diberikan rezeki menimang cahaya mata kerana memang itulah yang saya dan suami harapkan.

-Ketika ini saya sedang menunggu proses terakhir mendapatkan lesen -diving- sekitar Mac ini dan dalam tempoh ini saya tidak boleh hamil, namun jika Tuhan berikan rezeki saya dan suami terima dengan gembira,- kata Ramona yang bakal muncul dengan drama komedi seram pertamanya, Jangan Ikut Aku.

Dalam pada itu, Ramona juga mengakui tidak lagi mengejar populariti, sebaliknya lebih selesa menumpukan perhatian kepada kerja sahaja.

-Dulu saya kisah juga tentang populariti, tetapi sekarang ni saya fikir populariti takkan bawa ke manapun kalau kerja tidak bagus.

-Jadi baik tumpukan perhatian pada kerja saya dan insya-Allah kalau kita tak buat masalah dengan orang, tawaran tetap akan datang untuk kita,- tegas Ramona lagi.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News