5 perkara anda wajib kaji sebelum beli mana-mana projek undercon

by Edisi Viral


HOME Posted on 15 Feb 2017 15:00:38


Siapa yang tak suka dapat benda baru?

-

Tambah-tambah lagi kalau kita bercakap pasal rumah. Kalau mampu, mesti korang tak teragak-agak untuk pilih dan beli rumah baru.

-

Dan kita wajib pastikan setiap pembelian yang dibuat, buat untung. Bukan semata-mata buat untung masa jual balik rumah tu je.

-

Tapi, apa benda yang kita perlu tengok untuk pastikan kita sentiasa buat untung semasa membeli?

-

Jangan risau sebab korang ada kat tempat yang betul. Hadamkan nukilan ilmu Tuan Firdaus Pay ini sekarang.

-

Apa kelebihan dan kekurangan rumah undercon yang anda patut tahu?

-

Rumah under construction (undercon) atau rumah dalam pembinaan sama juga macam rumah yang lain. Ada kelebihan dan juga kekurangan yang tersendiri.

-

Secara mudah, bawah ni antara faktor-faktor yang wajib kita ambil kira sebelum membeli rumah undercon:

-
    -
  1. Status dan track record pemaju,
  2. -
  3. Harga rumah yang kita nak beli,
  4. -
  5. Tahu berapa lama projek tu akan siap,
  6. -
  7. Jenis-jenis kemudahan yang disediakan,
  8. -
  9. Apakah booster yang ada, atau market demand projek yang korang nak beli tu?
  10. -
-

Sebelum kita masuk secara menyeluruh kepada bab risiko, bagus untuk kita tahu apakah kelebihan membeli rumah undercon.

-

Kelebihan #1: Siapa yang tak suka dapat benda baru?

-

Antara sebab utama kenapa kita membeli rumah undercon adalah kita akan dapat unit yang baru dibina.

-

Dengan kata lain, kita ada plihan untuk beli rumah yang kita inginkan. Nak ubah suai rumah pun senang, sebab unit tu masih kosong.

-

KLIK UNTUK BACA SEKARANG:-Sebelum sign SPA untuk beli hartanah undercon, buat 4 perkara ini dulu.

-

Kelebihan #2: Kos beli rumah undercon lebih mahal berbanding yang lain?

-

Harga pembelian rumah baru (yang belum siap) adalah lebih murah kalau nak dibandingkan dengan rumah yang dah siap.

-

Sebelum membeli, pastikan kita tau dulu berapa harga pasaran per square feet (psf) dalam sesuatu kawasan.

-

Tujuan ini adalah untuk menilai harga pembelian rumah baru sama ada berpatutan atau tak (undervalued atau overvalued).

-

Pembelian rumah sebelum pembinaan bermula biasanya lebih rendah berbanding lepas rumah tu dah siap dibina dan sedia untuk didiami.

-

Kelebihan #3: Satu beza ketara bila anda beli unit projek undercon

-

Sepanjang tempoh pembinaan, pembeli hanya perlu bayar progressive interest payment (bayaran faedah progresif).

-

Pembayaran ni berpandukan progressive release payment daripada bank kepada pemaju.

-

Progressive payment ini bergantung kepada setiap peringkat pembinaan projek tersebut yang sedang dibina (atau nama lain, stage of completion).

-

Semakin tinggi peratusan projek tu siap dibina, semakin bertambah bayaran progressive payment ini.

-

Kelebihan #4: Ada peluang rembat tawaran menarik daripada pemaju

-

BIasanya untuk pembelian rumah undercon, akan ada rebat atau diskaun yang pemaju tawarkan kepada pembeli.

-

Dengan ini, harga jualan yang ditawarkan akan jadi lebih menarik. Harga pulak akan ada potensi untuk jadi lebih rendah berbanding harga jualan biasa.

-

Rebat dan diskaun ini bergantung juga kepada apa yang pemaju tu tawarkan. Lain pemaju, dah tentu lain tawaran yang mereka bagi.

-

Kelebihan #5: Kos S&P, pemaju tanggung beres

-

Salah satu pakej biasa yang pemaju tawarkan adalah mereka akan tanggung kos guaman untuk S&P (Sales and Purchase Agreement).

-

Tapi jangan korang tersilap pulak. Ada lagi satu kos yang kita kena tanggung sendiri, iaitu loan agreement fee.

-

Yang ni, pembeli sendiri kena bayar dan takkan ditanggung oleh pemaju. Mereka takde kena mengena langsung.

-

Kelebihan #6: Entry cost lebih rendah berbanding rumah subsale dan lelong

-

Booking fee untuk pembelian rumah undercon biasanya lebih rendah berbanding pembelian rumah subsale.

-

Biasanya, pemaju akan kenakan booking sekitar RM1,000, RM3,000 atau RM5,000.

-

Ini lebih rendah kalau korang bandingkan dengan entry cost pembelian rumah subsale yang perlukan 3% daripada harga jualan rumah.

-

Cuma, booking fee untuk RUMAWIP agak tinggi (sebanyak RM15,000) untuk projek yang hot, sebab projek tu dapat sambutan tinggi.

-

Kelebihan #7: Harga beli lain. Harga flip lain?

-

Lebih senang untuk flipping atau jual semula rumah tu, sebab harga bila rumah tu dah siap nanti akan meningkat.

-

Biasanya, harga akan meningkat paling kurang 20% hingga 30% berbanding harga semasa pembelian.

-

Kelebihan #8: Ada potensi besar untuk jadi prime location seterusnya?

-

Projek rumah undercon biasanya dibangunkan di kawasan baru (pre-matured area) yang ada potensi untuk menjadi upcoming rising prime location.

-

Contohya, kawasan township yang baru. Entry cost kita lebih murah kalau korang bandingkan bila beli rumah dekat kawasan yang dah matang.

-

KLIK UNTUK BACA SEKARANG: Apa yang anda boleh buat kalau pemaju lambat serah kunci rumah?

-

Risiko yang anda perlu tahu sebelum beli projek undercon

-

Projek rumah undercon bukan boleh main beli macam tu je. Banyak risiko atau faktor yang perlu kita ambil kira.

-

Antaranya:

-

Faktor #1: Betul ke anda -kenal--developer tu?

-

Kita kena tau dulu siapa developer tu. Kaji dulu latar belakang mereka dan juga projek yang mereka jalankan sebelum ini,

-

Pemaju yang terkenal dan ada rekod pembinaan projek yang baik akan kurangkan risiko korang terbeli projek terbengkalai (abandoned project).

-

Ini adalah risiko utama yang korang kena tanggung bila membeli projek perumahan undercon. Lagi-lagi masa zaman tengah gawat atau ekonomi negara tak stabil (recession period).

-

Faktor #2: Strategi elak beli rumah yang orang tak suka sewa

-

Sebagai pembeli rumah undercon, korang wajib tau apa jenis booster yang ada, dan juga market demand rumah (yang kita beli tu) pada masa hadapan.

-

Semua ni bertujuan untuk rendahkan risiko projek baru tu kurang mendapat sambutan, dan elakkan rumah tu susah nak dapatkan penyewa.

-

Kalau ini berlaku, harga pasaran rumah tu akan terkesan dan mungkin harga akan jatuh jadi lebih rendah, atau harga rumah susah nak naik.

-

Faktor #3: -Kenapa progressive payment saya semakin menimbun?-

-

Tempoh pembinaan yang dijanjikan juga perlu diambil kira oleh pembeli.

-

Tempoh pembinaan ni ada salah satu indikator sama ada projek ni berjalan dengan lancar atau sebaliknya.

-

Semakin lambat atau lama tempoh pembinaan yang pemaju ambil, semakin banyak amaun progressive payment yang pembeli kena tanggung.

-

Faktor #4: Projek high atau low density – Mana satu lagi untung beli?

-

Faktor ni agak penting untuk setiap projek undercon.

-

Biasanya pembeli akan lebih fokus kepada projek low density, atau projek dengan unit rumah yang terhad.

-

Pernah dengar tak ayat ni?:

--

-High supply with low demand is not good.-

-
-

Kalau projek tu high density atau unit yang dijual ada banyak sangat, ini akan mengakibatkan supply jadi lebih banyak.

-

Bermakna, korang akan ada persaingan tinggi untuk jual balik atau sewakan rumah tu pada masa akan datang.

-

Faktor #5: Jaga komitmen bulanan yang anda dah kira dengan DSR

-

Korang jugak perlu ingat.

-

Walaupun rumah undercon korang belum siap dibina, pinjaman kita dah bermula sewaktu bank membuat bayaran progressive payment kepada pihak pemaju.

-

Maksudnya, selain kita perlu bayar progressive payment kepada bank, DSR kita juga dah dikira sebagai komitmen bulanan kita.

-

Walaupun hakikatnya, kita masih belum buat bayaran ansuran bulanan pinjaman yang sebenar.

-

KLIK UNTUK BACA SEKARANG: Pemaju tuntut penalti bayaran lewat? Ini hak yang semua pembeli rumah baru patut tahu.

-

Faktor #6: Kuatkan simpanan tunai dari awal

-

Nak beli rumah undercon, korang kena ada holding power yang tinggi.

-

Sebab sepanjang proses pembinaan, kita tak boleh jana pendapatan dengan unit yang kita beli tu. Hanya expenses je yang kita akan buat.

-

Biasanya, setelah projek rumah undercon dah siap, kita akan ambil masa hampir 6 bulan untuk kita diami rumah tu, atau sewakan kepada orang lain.

-

Ini yang saya dapat kongsikan buat masa ni. Mungkin ada lagi kelebihan atau risiko yang korang boleh tambah atau kongsikan dekat ruangkan komen bawah ni.

-

Disclaimer: Ini hanya pendapat peribadi saya. Orang lain, mungkin ada pandangan yang berbeza.

-

-

-

Ingat. Ada beza ketara bila korang beli hartanah undercon dengan hartanah dalam pasaran yang lain.

-

Ramai yang kecundang dan acah-acah terkejut beruk bila bil progressive payment berkunjung tiba. Padahal, salah korang sendiri sebab tak nak ambil tau.

-

Tok tak nak korang tergolong dah dalam kategori orang macam ni. Sebab tu, wajib kebalkan diri korang dengan ilmu yang betul untuk elak masalah ni berlaku.

-

Orang yang lulus loan rumah berkali-kali, confirm ada ilmu ini

-

Nak tau tak rahsia mereka lulus loan rumah dengan cepat dan mudah?

-

Langkah demi langkah sediakan dokumen wajib, hingga ke cara kasi CCRIS dan CTOS cun, semua Tok kongsikan dalam eBook ni.

-

Klik link bawah ni sekarang. Hanya untuk korang yang serius nak belajar je.

-

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK -STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH- <<<

-

-

5 perkara anda wajib kaji sebelum beli mana-mana projek undercon GilaHartanah.com.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News