Apa yang orang pintar lakukan dengan fon mereka?

by Edisi Viral


HOME Posted on 11 Feb 2018 17:04:54


Telefon pintar adalah salah satu teknologi yang paling cepat dari aspek -adoption- sehinggakan ia menjadi keperluan atau kemestian dan bukannya sekadar aksesori bermewah jika dibandingkan 10 tahun yang lepas.

-

Buat kali pertama dalam sejarah manusia, akses kepada semua maklumat yang dicipta dan dikumpul oleh manusia boleh didapati dengan mudah dalam telefon pintar dengan hanya menggunakan jari untuk mengaksesnya.

-

Namun, perasankah juga telefon pintar ini kadang-kadang bukan menjadikan hidup lebih mudah tetapi mengganggu kehidupan biasa yang kita lalui tanpa gajet tersebut.

-

Adakah anda mahu ketahui apa yang dilakukan golongan pintar dengan telefon pintar itu sendiri?

-

Hadkan notifikasi:

-

Setiap aplikasi yang anda pasang seolah-olah mahu sentiasa menghantar pemberitahuan mengenai setiap perkara yang berlaku. Pembangun aplikasi terutamanya akan kerap menghantar notifikasi sampaikan kita sendiri akan berfikir, itu notifikasi atau muzik sedang bermain? Orang yang pintar akan hadkan notifikasi yang tidak akan mengganggu kehidupan mereka.

-

Pelajari sesuatu:

-

Perkara yang berguna, bukan gambar-gambar kucing. Banyak aplikasi pembelajaran malah tahukah anda aplikasi seperti Coursera membolehkan anda mengambil kursus di universiti di seluruh dunia? Paling tidak pun, muat turun aplikasi seperti Pocket Anatomy. Janganlah asyik berkepit dengan Facebook atau kemaskini gambar Instgram.

-

Baca buku:

-

Banyak sangat platform buku untuk dimuat turun. Daripada memenuhkan storan dengan gambar-gambar bodoh, baik saja penuhkan dengan buku-buku atau e-majalah. Google Play Books, Kindle dan macam-macam lagi.

-

Latih otak anda:

-

Terdapat aplikasi yang tersedia untuk melatih otak anda dengan pelbagai cara dan berpotensi meningkatkan kecerdasan anda. Dual N Back misalnya berupaya menaikkan tahap IQ anda malah -RAM- minda anda serta melatih untuk berfikir.
-
-Aktif dan sihat:

-

Ramai yang menjadikan telefon sahabat, duduk lepak sambil memegang fon membalas Whatsapp sampai tidak sedar untuk menggerakkan keseluruhan badan dan bukannya jari semata-mata. Orang pintar akan melabur untuk menjadi sihat menggunakan telefon pintar. Tambah gajet seperti Fitbit dan manfaatkan datanya, itulah yang mereka lakukan.

-

Meletakkan di tepi ketika memandu:

-

Perkara yang kerap dilakukan pemandu Malaysia, memandu dan menggunakan telefon pintar tanpa kit bebas tangan yang boleh membawa bencana. Orang pintar akan menghargai dan mengetahui betapa pentingnya nyawa serta betapa kelekaan satu saat pun akan membawa padah. Kalau mahu gunakan Waze sekalipun, tambah aksesori tambahan yang sesuai.

-

Tinggalkan telefon anda:

-

Misalnya ketika menonton konsert secara langsung, kita mahu tonton penyanyi itu depan-depan mata bukan di skrin telefon!

-

Apa yang orang pintar lakukan dengan fon mereka? TheSkop.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News