Najib Bertemu Pemimpin Gerakan Bincang Isu PRU-14

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2018 06:04:35


-

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan isu-isu berkaitan pilihan raya umum ke-14 (PRU14)-.

-

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional-(BN) pada kira-kira 10:30 pagi disambut Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

-

Difahamkan, dalam pertemuan tertutup kira-kira sejam itu,-Mah membentangkan mengenai strategi parti dalam menghadapi PRU14,-disusuli amanat khas perdana menteri kepada kepimpinan parti.

-

Pada PRU13, Gerakan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dewan Undangan Negeri-(DUN).

-

Awal bulan ini, Gerakan buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14.

-

 

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News