Nora Masih Rahsiakan Tarikh Nikah

by Edisi Viral


HOME Posted on 15 Feb 2017 07:00:58


Aktres Nora Danish, 36, mengesahkan bakal berkahwin dengan kekasihnya Nedim Nazri pada tahun ini.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2, ini bagaimanapun masih belum bersedia berkongsi lebih lanjut tarikh dan butiran majlis perkahwinan.

"Ya saya memang akan berkahwin tahun ini. Cuma buat masa sekarang saya belum boleh berkongsi lebih lanjut.

"Insya-Allah jika semuanya sudah selesai saya bersedia untuk menguar-uarkan kepada semua. Jangan risau saya pasti berkongsi berita gembira ini," katanya,

Desas-desus mengenai perkahwinan Nora dan Nedim mulai diperkatakan sejak tahun lalu lagi. Namun, ketika itu Nora belum memberikan sebarang kepastian berkenaan perancangan perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Nora berkata dia akan memperlahankan aktiviti lakonan selepas berkahwin nanti.

"Selepas berkahwin saya mahu memberi fokus kepada perniagaan pula. Kalau berlakon pun tak kerap macam sekarang.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News