Kritikan Sebenarnya Membuatkan Buku Fattah Popular - Hafiz Hamidun

by Edisi Viral


HOME Posted on 15 Feb 2017 02:00:32


Isu buku Fattah Amin cukup hangat diperkatakan sejak beberapa hari ini, ia juga turut mendapat perhatian selebriti Hafiz Hamidun yang berpendapat segala kecaman dan kritikan mengenai buku 99 Kata-Kata Fattah Amin, hanya akan mempopularkan dan melariskan buku berkenaan.

-

-

Hafiz juga sebelum ini pernah menjadi mangsa kecaman netizen yang mendakwa bukunya, Cerita Hati Hafiz Hamidun penuh dengan foto selfie. Namun, Hafiz akui bukunya itu laris selepas menjadi viral.

-

Fattah tidak buat salah dan itu hak dia untuk hasilkan buku dan saya percaya dia juga menerima permintaan daripada pihak penerbit.

-

-

Kalau enggan beli, tidak perlu kecam kerana kadang-kadang mereka kecam tanpa asas yang kukuh. Ia sebaliknya menjadikan buku itu menjadi viral.

-

Dulu buku saya orang kecam dan kata penuh dengan selfie, tapi sebenarnya hanya lima helai selfie daripada 200 helai keseluruhan buku berkenaan.

-

-

Berbicara mengenai harga buku Fattah yang agak mahal harganya, Hafiz memberitahu Fattah sepatutnya membuat kajian tentang harganya dan adakah ia mampu dibeli oleh peminatnya.

-

Fattah seharusnya buat kajian tentang harga dan golongan peminat dia sama ada mampu beli atau tidak. Orang akan marah jika ia terlalu mahal.

-

-

Tidak dinafikan, memang perkara yang viral akan laris dalam sekelip mata. Soal harga, meskipun Fattah memberitahu ia sesuai dengan kualiti kertas dan grafik yang tinggi, ia tetap berbalik kepada- kemampuan peminatnya untuk membeli buku terbitannya itu. Iyalah, zaman sekarang kalau mahal sikit memang fikir dua kali hendak beli kerana keadaan ekonomi yang agak teruk.

-

Berita : mStar Online



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News