Kecoh satu Malaysia pasal buku saya: Fattah

by Edisi Viral


HOME Posted on 15 Feb 2017 00:01:02


BARU sahaja menerbitkan buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden, nama Fattah Amin terus panas di media sosial, malah kisah bukunya menjadi bualan di alam maya.

Mana tidaknya, pelbagai -trolls- mengenai isi kandungan bukunya disebut-disebut netizen sejak ia dilancarkan baru-baru ini.

Hari ini, Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya tampil meluahkan perasaannya terhadap -serangan-serangan- netizan kepadanya.

-Salam semua... pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dahsyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni.

-Sejujurnya, buku -collective item- atau -merchandise- saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua,- katanya.

Pada masa sama, Fattah turut berpesan kepada peminatnya agar terus cuba untuk merealisasikan setiap impian biarpun ia hanyalah kecil.

-Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik "and be kind to others", Insya-ALLAH ALLAH SWT akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita,- katanya.

Ternyata, Fattah tidak mudah melatah dengan setiap komen yang diberikan kepadanya.

Sejak memuat naik status tersebut, peminat Fattah terus memberikan kata-kata semangat untuknya supaya tidak cepat melatah dan sentiasa berdoa pelakon kesayangan mereka itu akan terus sukses dalam bidang seni ini.

Related News


Leave a Comment:

Search
Side News