Indahnya Islam lancar kempen -Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa- 31 Januari

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Jan 2018 06:01:36


--

BANGI - Sebagai solidariti kepada umat Islam di Palestin, Indahnya Islam mengajak umat Islam untuk bersama-sama menjayakan kempen -Malaysia Subuh Berjemaah Bebaskan Al-Aqsa-.

-

Kempen bersama Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Aman Palesitn ini menyeru untuk solat Subuh berjemaah, sekaligus mengharapkan setiap masjid mengadakan ceramah atau kuliah Subuh berkisar tentang -Rahsia Pembebasan Al-Aqsa pada pada 31 Januari.

-

Ketua Biro Islamiyat Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Haji Omar Kassim berkata, tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan umat Islam turun menghidupkan solat Subuh berjemaah sebagai permulaan cemerlang kepada kehidupan seharian.

-

-Kita mahu mengajak masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai tapak permulaan perubahan dalam kehidupan.

-

-Namun yang lebih penting, kempen ini mahu menghidupkan semangat membebas dan mempertahankan tanah suci umat Islam Palestin secara berterusan.

-

-Apatah lagi selepas rampasan yang dilakukan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengistiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara negara haram Israel,- katanya.

-

Ustaz Omar berkata, Dr Raghib As-Sirjani dalam bukunya Misteri Solat Subuh menulis mengenai seorang penguasa Yahudi yang menyatakan takut jika bilangan umat Islam melaksanakan solat Subuh berjemaah menyamai atau melebihi umat Islam melaksanakan solat Jumaat.

-

-Justeru, kita harapkan kempen ini dapat dijadikan tunjang bagi menunjukkan kebencian terhadap Zionis. Inilah peperangan sebenar kita.

-

-Bukan mudah untuk bangun dari tidur, bersuci dan kemudian bergerak menuju masjid bagi menunaikan solat Subuh secara berjemaah,- katanya.

-

www.indahnyaislam.my

-

---

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

-

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News