Gunakan Kuasa Memilih Untuk Pilih Kerajaan Bertanggungjawab - Yahya

by Oh! Semput


HOME Posted on 14 Jan 2018 06:04:35


-

PUTATAN, 14 Jan – Rakyat harus bijak menggunakan kuasa mereka sebagai pengundi dengan memilih kerajaan yang terbukti mampu menjaga dan membela rakyat, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.

-

Beliau berkata rakyat, khususnya pemilih berdaftar, mempunyai kuasa untuk menentukan kerajaan yang berupaya untuk memelihara keamanan dan membawa kemajuan kepada negara.

-
A car passes by Malaysian ruling party Barisan Nasional flags put up along a road in Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, Feb. 14, 2008. Malaysians will vote on March 8 in the next general election, which is expected to return the ruling coalition to power despite widespread public anger over inflation, crime and racial discord. (AP Photo/Lai Seng Sin)
-

-Tentunya kita berharap rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) untuk terus mentadbir negara.

-

Setiap masa, kerajaan BN menghulurkan pelbagai bantuan untuk rakyat kerana kerajaan sentiasa mengambil langkah sewajarnya untuk memudahkan kehidupan rakyat.

-

-Jasa kerajaan harus kita ingat dan syukuri agar kerajaan BN terus menunaikan tangungjawabnya kepada rakyat dengan lebih berkesan lagi,- katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih--Happy 2 School- Parlimen Putatan di sini hari ini.

-

Yahya, yang juga anggota dewan undangan negeri Petagas, turut mengingatkan rakyat untuk mengelak sebarang tindakan yang boleh membawa kepada perpecahan serta menggugat keharmonian dan keamanan yang dinikmati di negara ini.

-

Katanya, pergolakan politik yang melanda negara lain, khususnya di negara timur tengah, harus menjadi iktibar kepada rakyat di negara ini untuk mensyukuri jasa baik kerajaan BN selama ini.

-

-Kerajaan BN tidak mahu rakyat terasa mereka dipergunakan orang lain yang akan menyebabkan rakyat merana.

-

Kita lihat sahaja di negara lain yang bergolak di mana rakyatnya mudah diperkotak-katikkan sehingga ada pula rakyatnya menjadi pelarian kerana salah guna kuasa pemilih yang ada pada mereka,- jelasnya.

-

Yahya berkata kerajaan BN bukan sahaja sentiasa bekerja untuk memastikan keselesaan rakyat sekarang, tetapi mempunyai perancangan masa panjang dan jelas bagi memastikan kehidupan terbaik untuk generasi masa depan.

-

Antara usaha yang sedang pesat dilaksanakan kerajaan ialah pembangunan infrastruktur seperti Projek Lebuh Raya Pan Borneo dan pembinaan serta membaik pulih sekolah, katanya.

-

 

-


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News