Elfira akui banyak dugaan ketika bertunang

by Oh! Semput


HOME Posted on 13 Jan 2018 19:05:40


Pelakon dan pengacara Elfira Loy, 24,mengakui banyak dugaan dihadapi dalam melalui fasa bertunang dan berharap ada hikmah di sebalik semuanya.

-

Elfira berkata, dia tidak berani untuk bercerita lebih mengenai perkara berkaitan perkahwinan kerana soal jodoh adalah rahsia Tuhan.

--

-Saya akui bertunang ini mempunyai banyak dugaan namun saya tidak berani untuk mengatakan sama ada dugaan yang dihadapi ini adalah terbesar buat masa ini.

-

-Soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main sebaliknya ia adalah keputusan terbesar yang perlu dilakukan setiap pasangan.

-

-Kalau memilih pekerjaan ia hanya keputusan sendiri tetapi apabila hal perkahwinan ini ia membabitkan banyak pihak,-- katanya ketika ditemui di Festival GegaRia yang di Tempat ak Kereta B, Pusat Konvensyen Setia City Shah Alam.

-

Menurut Elfira, meskipun pasrah dengan setiap dugaan yang dihadapi namun dia tetap positif dan mengharapkan yang terbaik.

-

-Saya tidak mahu memberatkan kepala dengan dugaan yang datang. Saya harap apa yang dilalui berakhir dengan baik.

-

-Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia kearah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik,- katanya.

-

Elfira juga mengakui belum membuat sebarang persiapan perkahwinan meski majlisnya dengan tunangnya yang juga penyanyi, Sufian Suhaimi disebut-sebut bakal berlangsung pada Mac tahun hadapan.

-

Terdahulu timbul dakwaan mengatakan hubungan mereka bermasalah kerana jarang dilihat memuat naik gambar bersama sejak bertunang pada 6 Oktober lalu.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News