Dialog Perdana TN50 Cetus Percambahan Idea Golongan Muda

by Edisi Viral


HOME Posted on 20 Feb 2017 18:00:23


NILAI, 21 FEB – Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perspektif Islam bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam (USIM) Nilai, malam tadi telah mencetuskan percambahan idea daripada golongan muda.

-

-

Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Menteri Mentor USIM, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan hadir mengiringi TPM dan menyaksikan sesi dialog yang diadakan dengan kerjasama NBOS di antara Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), USIM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

-

Lebih 1,000 tetamu hadir terdiri daripada barisan kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), para daie selebriti, pemimpin-pemimpin belia, mufti-mufti dan ahli akademik.

-

Dialog ini diadakan bagi mewujudkan platform serta mengumpulkan percambahan idea dan pandangan dari golongan muda dan ulama muda bagi merancang dan menggerakkan pembangunan TN50.

-

Sesi dialog merangkumi perbincangan dua hala dalam perspektif Islam menerusi kerangka yang lebih luas merangkumi bidang agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

-

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga pakar kewangan Islam, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki bertindak sebagai moderator dalam sesi dialog ini.

-

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News