Dapat Car Seat Percuma Lepas Bersalin! Ini Memang Hadiah Yang Tak Disangka Dan Wajib Direbut

by Oh! Semput


HOME Posted on 07 Nov 2017 05:05:56


- -
-

---Selepas selamat bersalin, ibu boleh dapat car seat percuma? Wow seronoknya, siapa yang tak mahu. Ini memang hadiah yang tak disangka-sangka selepas dikurniakan cahaya mata.  Menyedari pentingnya penggunaan car seat kepada bayi, Rampai Puteri Medical Centre melancarkan kempen Buckle Up, Baby dengan kerjasama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)! Pusat perubatan ini mewujudkan polisi mandatori penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) kepada bayi yang dilahirkan di pusat perubatan berkenaan semasa dicaj.

--

---

--

--- 

--

---CAR SEAT PERCUMA

--

---Bagi bulan November, Rampai Puteri Medical Centre memberikan car seat percuma kepada semua pesakit yang bersalin menggunakan pakej yang ditawarkan bagi memastikan keselamatan bayi sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Selepas tempoh itu, program peminjaman car seat juga boleh dilakukan kepada bayi. Bagi ibu bapa yang ingin membeli car seat, potongan harga istimewa akan disediakan.  

--

---Apabila lahirnya si manja, keselamatan mereka menjadi tanggungjawab mama dan papa. Kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah penyebab yang kesembilan utama kematian di seluruh dunia, yang mana ia bertanggungjawab ke atas lebih daripada 1.25 juta kematian setiap tahun.

--

---

--

--- 

--

---HAK KANAK-KANAK

--

---Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kecederaan lalu lintas jalan raya adalah pembunuh utama kanak-kanak dalam dekad kedua kehidupan mereka dan majoriti (95%) kematian kanak-kanak di jalan raya adalah di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, melindungi kanak-kanak di jalan raya adalah keutamaan semua selaras dengan Konvensyen PBB mengenai Hak Anak-Anak (UN Convention on the Rights of the Child).

--

---

--

---RISIKO KECEDERAAN TINGGI

--

---Menurut kajian yang dijalankan oleh MIROS, kanak-kanak yang dibawa dalam kenderaan persendirian adalah kumpulan yang pertama dan kedua tertinggi tercedera iaitu kanak-kanak di bawah kumpulan umur 1-4 tahun, adalah sebanyak 43.8% daripada jumlah mangsa kanak-kanak dan berumur 5-9 tahun sebanyak 30.2%. Kajian tahunan juga mendapati penggunaan sistem rintangan kanak-kanak (CRS) adalah kurang daripada 20% di Malaysia.

--

---Satu lagi kajian luar mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak dipakaikan car seat atau tali pinggang keledar mempunyai risiko kecederaan maut sebanyak 3 hingga 5 kali ganda berbanding mereka yang dilindungi dengan CRS. Oleh yang demikian, car seat telah terbukti berkesan untuk melindungi kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya di mana dianggarkan bahawa penggunaan CRS yang betul boleh mengurangkan risiko kematian sebanyak 71%.

--

--- 
--- 

----

Layari laman web



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News