Budak 12 Tahun Antara 4 Ditahan Di Hotel Bajet.

by Edisi Viral


HOME Posted on 14 Feb 2017 07:00:43


Butterworth - Seorang budak lelaki berusia 12 tahun antara empat individu ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi.

Mereka ditahan di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dalam Op Sarang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan, kanak-kanak itu ditahan di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

Jurucakap AADK berkata, dalam operasi itu, seramai 10 orang diperiksa dan empat daripadanya positif dadah.

Menurutnya, turut dirampas ialah 53.5 gram syabu dan 3.65 gram heroin.

-Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut,- katanya.


Related News


Leave a Comment:

Search
Side News