Belum duduk lagi, dah bercela? 9 langkah tuntut pemaju baiki kerosakan rumah baru

by Edisi Viral


HOME Posted on 14 Feb 2017 18:00:39


Tok perati je korang ni. Nampak seronok dan teruja sangat dapat kunci rumah baru.

-

Tapi siapa tak suka, betul? Semua orang pasti berkongsi perasaan yang sama bila pemaju bagi VP rumah baru.

-

Cuma, tak semuanya indah belaka. Ada banyak je kes rumah baru yang banyak kerosakan. Ada juga yang sampai tahap teruk gila.

-

Apa hak korang (sebagai pembeli) untuk tangani masalah ni? Takkan korang kena keluar duit sendiri untuk baiki semua kerosakan ni?

-

Bagi yang serius nak tau, hadamkan sekarang perkongsian peguam hartanah Tuan Salkukhairi Abd Sukor ni.

-

Betulkan segala kerosakan tanpa guna duit anda walaupun satu sen?

-

Selalu kita dengar dalam laporan media semasa tentang kisah pembeli rumah yang teraniaya.

-

Ini semua sebab gara-gara sikap pemaju yang siapkan rumah secara ala kadar je.

-

Nampak cantik kalau dipandang dekat luar, tapi keadaan dalam rumah agak teruk dengan pelbagai kerosakan.

-

Korang tau tak? Kalau korang beli rumah yang dalam pembinaan (under construction, undercon) dengan pemaju, korang ada tempoh liabiliti kecatatan (defect liability period).

-

Atau dalam bahasa mudah, dipanggil tempoh waranti selama 24 bulan, bermula dari tarikh serahan milikan kosong (atau ayat lain, masa korang VP atau dapat kunci rumah).

-

Dalam tempoh masa ni, pemaju masih bertanggungjawab untuk betulkan balik kerosakan yang ada.

-

Dan semua kos pembaikian ni, pemaju yang akan tanggung. Bukan pakai duit korang.

-

Tapi, macam mana nak minta pemaju baik pulih kerosakan ni? Apa yang patut korang buat?

-

Korang cuma perlu ikut satu-persatu segala yang saya kongsikan dekat bawah ni:

-

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Anda beli rumah baru? Tip ini boleh selamatkan banyak duit anda.-

-

Langkah #1: Rangka surat rasmi kepada pemaju

-

Bila dah dapat kunci, periksa dulu kalau-kalau ada sebarang kerosakan dekat rumah baru korang tu.

-

Kalau ada terjumpa, korang boleh mulakan dengan menulis surat rasmi kepada pemaju. Senaraikan kerosakan tu satu persatu.

-

Kalau boleh, ambil sekali gambar kerosakan yang ada dan lampirkan sekali dengan surat rasmi tu. CC surat tu kepada peguam yang sediakan SNP korang.

-

Langkah #2: Boleh hantar surat rasmi dengan apa cara?

-

Korang boleh hantar surat tu kepada pemaju dan peguam dengan 2 cara je:

-
    -
  • Hantar secara Pos Berdaftar,
  • -
  • Serah terus ke pejabat pemaju dan pejabat peguam, dan dapatkan tanda tangan dan cop akuan terima daripada mereka.
  • -
-

Cara yang lain selain daripada 2 ni tak dibenarkan oleh undang-undang.

-

Langkah #3: Berapa lama anda nak kena tunggu?

-

Bagi tempoh 30 hari kepada pemaju mulai dari tarikh pemaju terima surat rasmi tu untuk baiki kerosakan.

-

Langkah #4: Apa anda boleh buat kalau pemaju tak buat kerja?

-

Kalau pemaju tak baiki kerosakan dalam tempoh 30 hari, korang boleh lantik kontraktor sendiri untuk betulkan apa yang patut.

-

Jangan lupa dapatkan sebutharga daripada kontraktor korang terlebih dulu untuk kos baiki kerosakan dekat rumah tu.

-

Langkah #5: Bagi lagi peluang kepada pemaju untuk buat kerja

-

Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tu kepada pemaju dan CC kepada peguam.

-

Dah selesai buat semua ni? Bagi lagi peluang dekat pemaju untuk baiki kerosakan tu dalam tempoh masa 14 hari.

-

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Pemaju tuntut penalti bayaran lewat? Ini hak yang semua pembeli rumah under construction patut tahu.-

-

Langkah #6: Kalau pemaju tak bergerak jugak?

-

Kalau pemaju masih tak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tu tamat, sila arahkan kontraktor korang untuk mulakan kerja pembaikian sehingga siap.

-

Langkah #7: Bagi invois kerja baik pulih kepada peguam

-

Selepas semua siap dibaiki, sila tuntut kos pembaikian kerosakan tu daripada peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikian tadi kepada peguam.

-

Langkah #8: Apa yang akan jadi selepas hantar invois?

-

Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5%, daripada harga jual beli yang dipegang oleh peguam.

-

Langkah #9: Apa nak buat kalau pemaju dan peguam berdegil?

-

Kalau pemaju dan peguam tak bagi kerjasama, korang boleh failkan tuntutan di Tribunal Pembeli Rumah.

-

Walaupun semua perkara yang saya sebutkan atas tadi ada jelas ternyata dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), saya percaya ramai yang tak tau hak mereka tentang ini.

-

PS: Kalau korang nak saya bantu semak kerosakan rumah, boleh PM saya dengan klik kat sini untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

-

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Nak beli rumah untuk duduk sendiri? Baca sekarang panduan mudah ini.-

-

-

-

Sekarang, korang dah tak perlu takut-takut lagi untuk berdepan dengan pemaju kalau ada sebarang kerosakan.

-

Perkara biasa. Selagi tak ramai tau pasal ni, selagi tu korang dilayan secara acuh tak acuh.

-

Bila korang dah tau pasal ni, mesti mereka dah tak berani buat macam tu lagi. Ini hak korang. Gunakan sebaik mungkin.

-

Master teknik beli rumah tanpa banyak modal. Belajar dengan 16 otai hartanah ini

-

Kalau nak jadi hebat macam pakar, kita wajib belajar ilmu daripada pakar bidang tu sendiri.

-

Dan ini peluang korang untuk tau apa yang ada dalam minda 16 otai hartanah ni. Tu tak termasuk lagi dengan teknik mereka beli rumah dengan modal yang sangat minima.

-

Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

-

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK -TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?- <<<

-

-

Belum duduk lagi, dah bercela? 9 langkah tuntut pemaju baiki kerosakan rumah baru GilaHartanah.com.



Related News


Leave a Comment:

Search
Side News